KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN
Hari ni saya rasa tenang bila dengar satu surah iaitu Surah Al-Insyirah... Lari sikit dari topik kecantikan yang biasa saya post kat sini.. Walau bagaimana pun sekali sekala kita ubah sikit... Surah ini sangat menarik kerana ia menenangkan hati-hati yang resah, bermasalah.. Lebih baik kita kembali pada Yang Maha Pencipta kita daripada bercerita pada orang lain.. Perlu berhati-hati jika bercerita pada seseorang tapi kalau bercerita /mengadu pada Allah.. Tak ada sesiapa yang tahu.. Tak perlu bimbang.. Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa ingin mendengar rintihan kita..
Surah Al-Insyirah
sesudah kesulitan itu ada kemudahan
sesudah kesulitan itu ada kemudahan!
Saya suka ayat ini, 2 kali di sebut Allah di dalam surah ini untuk Rasullulah dan disampaikan kepada kita ummat Muhammad.. Allahuakbar ( Allah Maha Besar) dan dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..
1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.
2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.
3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.
4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Kelebihan surah ini saya copy paste dari
blog : http://www.silampuneon.com/2013/12/kelebihan-surah-alam-nasyrah-doa-untuk.html
Terima kasih untuk perkongsian hebat ini..
Comments