Info resdung


Nashierah Herbal Beautycare

 Di Nashierah Herbal Beautycare kami menyediakan khidmat rawan resdung secara steam herba

 
 
INFORMASI TENTANG RESDUNG


Secara Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ( demodex) ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

Istilah Saintifik ialah Sinusitis ialah masalah kesihatan berkaitan hidung yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak tiada kaitan dengan jerawat kerana jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit. Ia juga dikatakan sebagai virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.
Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetadpi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

Jangkitan pada gigi geraham atas. Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

Genetik (keturunanan). Jika keturunan anda mempunyai masalah alahan atau alergi yang lain berkemungkinan anda juga boleh mewarisi penyakit alahan dan resdung.







Rajah Kedudukan Sinusitis

          
 
TERDAPAT 2 JENIS  RESDUNG IAITU:-
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara tanda-tandanya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.

Antara tanda-tandanya ialah :

Sakit pada bahagian muka yang teruk
Kerap bersin pada waktu pagi
Ada kalanya hidung tersumbat
Tanpa demam tetapi hingus bertambah
Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
Hilang deria rasa dan bau.
Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.




Fakta
Simptom sinusitis
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.

Petua mencegah resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu


Beberapa jenis rawatan untuk resdung
    
                 
     Bekam                                               Akupuntur                                          Stim herba                                                         
 
         Corong asap

KEBAIKAN BERBEKAM

-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Kebaikan akupunktur:
  • merangsang dan mengaktifkan saraf
  • memperbetulkan pengaliran darah
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengatasi kemurungan
  • melegakan kesakitan
  • merawat masalah rabun
  • melegakan resdung
  • tidak menggunakan dadah
  • tiada kesan sampingan
  • dan pelbagai lagi kebaikan.
Kebaikan Stim Herba / corong asap
·         Membantu membaiki sistem saluran hidung
·         Membantu merawat hidung tersumbat
·         Herba –herba ini akan membantu mematikan kuman penyebab resdung
·         Memudahkan/menyegarkan sistem  pernafasan
·         Membantu mengeluarkan lendir dalam rongga hidung
·         Kepala akan berasa lebih ringan.
·         Membantu mengeringkan kulit yang berminyak
·         Membantu mematikan kuman penyebab jerawat

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care