MENJAGA KECANTIKKAN DALAMAN
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi adakalanya kecantikan luaran sahaja yang biasa kita jaga tanpa kita sedari kecantikan dalaman kita abaikan....
Sebenarnya kecantikan luaran tidka akan dapat kita pertahankanan dan ia akan pudar jika dalaman kita abaikan. Jadi di sini marilah kita kongsi beberapa petua untuk menjaga kecantikan dalaman demi memastikan kecantikan luaran kita dapat kita lambatkan walaupun usia meningkat... :)
1.
Minum banyak air...minum..minum dan minum!
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi
air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat
membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit
dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2.
Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani!
Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah!
Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan
sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran
darah.
3.
Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan
juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa
nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya
kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org
memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat,
kan??
4.
Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu
malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak
cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata
lebam.
5.
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat
dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas!
Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur.
Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu
ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6.
Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab
nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan
ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga
dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah
makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak
atau junk food dan fast food semata-mata.
7.
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti
membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau
nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda
juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di
rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan
lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai
energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
8.
Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses
penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan
ketegangan.
9.
Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat
dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita
yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
Comments