ANALISIS JENIS KULIT ANDA




 
Kenapa Analisis kulit penting untuk kita ?
Sebenarnya kulit manusia bukannya sama. Ia terdiri dari beberapa jenis. Sebab itulah kadang-kadang kita lihat muka orang berbeza-beza dan masalah juga tidak sama..

Sebelum kita mencuba sesuatu produk kita sepatutnya kenak dulu apa jenis kulit kita dan apa masalah kulit kita. Ini kerana jika tersalah pilih produk kulit akan mengalami masalah seperti jerawat, terlalu berminyak, kering, mengelupas dan sebagainya. Kadang-kadang boleh menyebabkan iritasi atau keradangan ( kemerah-merahan) jika tidak berhati-hati.

Sebelum kita analisis kulit kita, jom kita lihat dulu kenapa kita perlu jaga kulit kita..

PENJAGAAN KULIT
Penjagaan kulit yang bagus merangkumi 6 perkara iaitu 
i. membersih (cleanse)          ii. mengelupas (exfoliates)          iii.  menyegar (freshen)
iv. melembap (moisture)        v. melindungi (protect)               vi. merawat ( treat)
Kenapa perlu 6 langkah?

Membersih: Kulit perlu dibersihkan setelah seharian 'mengumpul debu dan kototan'. Pembersihan menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan.

Mengelupas: Exfoliates adalah pengelupasan sel-sel kulit yang mati. Sel-sel ini menjadikan kulit kelihatan kusam. Dengan pengelupasan sel kulit mati,sel kulit baru akan tumbuh dan kulit akan kelihatan lebih bermaya dan berseri. Walaubagaimana pun proses pengelupasan tidak boleh dilakukan terlalu kerap kerana jika berlebihan mungkin sel-sel yang abru pun kita tertanggal sekali. Biasanya kita akan buat 2-3 kali seminggu atau mengunakan facial scrub. Jika mengalami masalah jeragat yang kritikal perlu rujuk pakar kulit atau beautician, jangan sebarangan memakai produk pengelupasan tanpa kawalan.

Menyegar: Penyegar berfungsi untuk menutup kembali liang-liang yang terbuka, menyegarkan muka dan membersih sisa kotoran yang mungkin tertinggal walaupun telah dicuci dengan cleanser. Ia melengkapkan prosess pembersihan. Ia juga menyegarkan kembali kulit yang tidak bermaya.

Melembap: Pelembapan kulit yang sesuai penting untuk menyeimbangi bahagian bahagian tertentu kulit agar tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ia juga melindungi kulit dari kekeringan atau kotoran dari persekitaran.

Melindungi: Kulit perlu dilindungi dari sinar UV, kotoran dan debu untuk mengelakkan kulit dari rosak. Guna krim pelindung matahari (UV protection). Pada masa sekarang banyak produk pelemba telah dikombinasikan dengan UV

Merawat : Kulit perlu di rawat dari masa ke semasa kerana kulit juga perlu khasiat untuk memastikan ia sentiasa cukup zat dan vitamin. Seba itulah pentingnya mask atau lulur untuk mengkhasiatkan semula dan membekalkan vitamin pada kulit. 

Dengan itu, proses penjagaan kulit perlu dilakukan secara harian dan mingguan  untuk menjadikan kulit sihat, bersih dan berseri.
 Jadi mari kita analisis kulit kita dahulu untuk memilih produk yang sesuai ..


Jenis kulit dan ciri-ciri nya

Kulit normal
 
kulit kering

Kulit berminyak
kulit kusam, berjeragat
berjerawat
Kulit sensitif


Kenali Zon T anda

 1- Normal
Kulit anjal, macam kulit baby, halus, gebu, warna sekata, pori atau liang roma yang kecil , kemerah-merahan..macam kulit baby lah...

2-Kering
Ada garis-garis halus, kusam , liang roma halus, kadang-kadang ada jeragat, selepas cuci rasa kulit rasa  tegang dan kering

3-Berminyak
4 jam lepas cuci muka dah start rasa berminyak,mudah berjerawat dan liang roma besar

4-Kombinasi kering
Berminyak pada T zone, kering pada U zone

5- Kombinasi berminyak
Agak normal pada T zone, berminyak pada U zone, jerawat disekitar U zone.

6. Kulit Matang, matured
Kulit agak kering, ada garis-garis halus, umur melebihi 35, kadang-kadang mengeleber, 

7. Kulit sensitif
Kulit mudah alergik/ alahan akibat persekitaran, pemakanan atau penggunaan produk tertentu.


Setelah kenal jenis kulit , Next Time kita belajar cara pilih produk yang sesuai dengan kulit kita pulak ye..

Tak semua produk kita boleh pakai macam tu jer.. kita kena kenal dulu jenis kulit dulu..
Daripada tips di atas  cuba kenal dulu kulit muka setiap orang...

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care