TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA.- ASAS
Assalamualaikum untuk yang berugama Islam dan Salam Sejahtera untuk yang bukan Islam..
Dah agak lama saya tak mencoretkan sesuatu untuk di kongsi bersama di dalam blog ini...
Dah terlalu sibuk dengan order dan ramai juga yang berminat untuk membuat produk sendiri terutamanya sabun..
Dalam melayan semua ini kadang2 saya rasa seronok bagi customer saya yang dapat membuat sendiri sabun dan mengucapkan terima kasih kepada saya..
Syukur Alhamdulillah saya dapat berkongsi ilmu Allah. Bukan apa bila kita buat sendiri kita lebih tahu apa bahan yang kita gunakan dan tidak terpedaya dengan produk lain di pasaran yang kita tak tahu pun bahan2 yang digunakannya...
TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA PELANGGAN2 SAYA...
Sebenarnya di sini saya ingin berkongsi ilmu tentang penjagaan kulit muka...
Kita mulakan dengan asas dulu.
Memang sesetengah orang tidak kisah pun tentang penjagaan kulit muka. Pakai apa je yang nak pakai.
Tapi setengah orang memang amat prihatin tentang muka ni..
Saya banyak juga dapat aduan/komen tentang kulit muka.
1. Ada yang kata diorang dah pakai set produk lengkap , ada pencuci, toner & pelembab...tapi kenapa ada
jeragat
2. Ada yang kata umur baru 25 tapi kulit muka kusam
3. Ada yang masalah jerawat & parut..
4. Ada juga yang masalah jerawat, guna dah satu produk jerawat hilang tapi jeragat pulak dapat..huhuhu
Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit penyelesaian tentang masalah2 begini...
PERTAMA :
1. KENALI JENIS KULIT dulu
Ada beberapa jenis kulit yang perlu kita tahu.. Kulit kita tak sama sebenarnya..
i. Normal ii. Berminyak iii. Kering iv. Kombinasi
Anda boleh periksa sendiri jenis kulit anda di sini.
2. PILIH PRODUK ASAS
Bila dah tahu jenis kulit baru lah boleh pilih produk.
Produk Asas
i. Pencuci ii. Penyegar iii. Pelembab
Pencuci
Tujuan Pencuci adalah untuk membersihkan kulit kita daripada habuk, kotoran daripada persekitaran.
Pencuci ada beberapa jenis mengikut jenis kulit
i. Sabun - berbuih
Pilih sabun untuk kulit muka iaitu menggunakan sabun asas untuk muka. Sekarang banyak di pasaran sabun daripada asas sabun soap chip yang mana ia sesuai untuk badan, kasar dan pH tinggi
Sabun jenis ini memang boleh mengeringkan kulit luar tapi menyekat minyak di bawah kulit menyebabkan minyak nornal tidak dapat keluar.Sebab itulah bila digunakan dalam masa yang lama ia mengeringkan kulit tapi bila terdedah pada panas, sebum mengeluarkan minyak berlebihan...Lama kelamaan kulit akan kelihatan kering dan mula kelihatan kedut sebelum waktunya ( wrinkle). sesetengah orang yang berkulit kering akan lebih kering kulitnya dan mengelupas..
Tapi sabun trasparent/glycerin yang saya gunakan memang sesuai untuk muka. Sebab tu bila kita cuci muka guna sabun ni rasa lembab je muka dan tak rasa tegang. Tapi itu semua bergantung pada bahan2 lain juga mengikut jenis kulit. Tak sesuai juga kalau orang kulit kering guna sabun
ii. Pencuci berbuih
Pencuci muka jenis ini sesuai untuk kulit muka normal dan berminyak. Tetapi tidak sesuai untuk kulit kering. Buihnya untuk mengurangkan minyak berlebihan pada kulit. Jika orang kulit kering menggunakan pencuci ini mukanya akan lebih kering dan tegang.
iii. Pencuci jenis lotion/cream
Pencuci ini sesuai untuk kulit normal dan kering. Tidak sesuai untuk kulit berminyak. Ini kerana pencuci ini terdapat bahan pelembab yang melembabkan kulit. Orang kulit berminyak mukanya dah banyak pelembab dan minyak, so tidak sesuai...
Pencuci jenis ini juga boleh digunakan untuk mencuci alat solek...
Penyegar
Tujuan penyegar adalah untuk menyegarkan kulit setalah selesai proses pencucian. Selain itu ia juga membantu menutup liang roma yang terbuka semasa proses mencuci tadi serta membersihkan sisa kotaoran yang di tinggalkan oleh pencuci.Penyegar juga terapat beberapa jenis
![]() |
Menggunakan toner dengan kapas muka. Membersihkan kesan lebihan kotoran dan menutup liang roma. |
i. Toner
Penyegar biasa yang sesuai untuk semua jenis kulit. Biasanya menggunakan bahan2 biasa je seperti air mawar, hazel witch dan chamomile.
ii. Astringent
Astringent biasanya mengandungi sedikit alkohol, Sesuai untuk kulit berminyak. Alkohol bersifat meruap, sejuk bau tengik sikit bertujuan untuk mengeringkan jerawat, mengurangkan minyak dan bertindak sebagai antiseptik. Ada juga astringent guna bahan2 tertentu seperti antiseptik asid salisilik,
Tetapi sekarang ni terdapat pelbagai istilah untuk penyegar dan kita sebagai pengguna harus berhati-hati
Untuk kulit normal, kering dan sensitif lebih baik pilih yang biasa saja. Untuk kulit berminyak bagi mengurangkan jerawat atau minyak berlebihan boleh guna astringent atau toner dengan alkohol ini..
Pelembab
Tujuan pelembab adalah sebagai pelindung kulit, melembabkan kulit dan juga sebagai asas untuk solekan.
Pelembab juga terdapat beberapa jenis.
i. Cream
Cream sesuai untuk jenis normal dan kulit kering tetapi tidak sesuai untuk kulit berminyak. Ia mempunyai kandungan minyak agak tinggi berbanding lotion walaupun cara pembuatan cream dan lotion adalah sama. Cream lebih pekat dan berminyak.
![]() |
Pelembab jenis cream |
ii. Lotion
Lotion mempunyai kandungan air yang lebih banyak daripada cream, sebab tu kalau pakai lotion ia mudah meresap ke dalam kulit berbanding cream yang agak lambat meresap ke kulit. Lotion sesuai untuk semua jenis kulit biasanya. Selalunya lotion diletakkan di dalam botol pump sebab cair sedikit
iii. Gel
Gel biasanya sesuai untuk kulit berminyak, kandungan pelembab agak sikit di dalam gel sesuai untuk kawal minyak berlebihan.
![]() |
Pelembab jenis gel |
Sekarang kita dah tahukan, jadi pilihlah produk yang sesuai dengan kulit kita..
Nanti saya akan berkongsi lagi tentang produk tambahan pula ye..
antaranya kepentingan
Mask
Serum
Facial Scrub
dan banyak lagi...
Comments