VITAMIN A,C,E UNTUK KULIT DAN KESIHATAN TUBUH

Tablet Vitamin ACE

Di pasaran sekarang terdapat banyak produk vitamin ACE

Produk ini sebenarnya membekalkan anti oksidan iaitu bahan untuk meneutralkan semula radikal bebas pada tubuh dan kulit kita. Ia baik untuk kita kerana setiap hari tubuh dan kulit kita banyak terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat seperti habuk, asap rokok dan kenderaan, panas matahari,  ozon dan juga cara pemakanan yang tidak sihat. Ini menyebabkab kulit dan tubuh kita mendedah kepada peningkatan radikal bebas iaitu sel-sel yang terpisah membentuk radikal bebas.


 


RADIKAL BEBAS
http://ms.wikipedia.org/wiki/Radikal_bebas


Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Jika elektron daripada asap rokok yang meneutralkan elektron ini maka sel-sel yang menyebabkab kanser disebabkan asap rokoklah yang kita dapat. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.
Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan radikal bebas ini, hanya saja bila jumlahnya terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralnya akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh. Tubuh manusia dibentuk untuk menerima elektron daripada asap rokok, sehingga apabila menerima masukan seperti asap rokok, akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. Sebenarnya, kegiatan merokok sama sekali tidak berguna untuk tubuh, walaupun dapat ditemui perokok yang berusia panjang.
Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronis seperti kanker, penyakit jantung, dan alzheimer. Tubuh manusia, sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya sering sekali tidak cukup untuk menetralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh, dan juga ada beragam antioksidan yang tidak dapat dihasilkan dari tubuh tetapi harus melalui makanan. 

FUNGSI ANTI OKSIDAN
Anti oksidan merupakan bahan yang meneutralkan semula elektron-elektron bebas pada tubuh kita ini menjadikan ianya sihat semula.
 Terdapat 2 jenis anti oksidan iaitu secara semulajadi dan buatan. Kita boleh dapatkan anti oksidan secara pemakanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran atau secara buatan pil atau kapsul-kapsul..

ANTI OKSIDAN DI DALAM VITAMIN ACE

Vitamin ACE biasanya digunakan untuk merawat kulit terutamanya masalah kedutan (wrinkle), pigmentasi, kecilkan liang roma dan banyak lagi dan sesuai untuk kulit matang yang semakin hilang keanjalan..

Jadi di dalam produk kosmetik vitamin ACE biasa digunakan di dalam produk sabun, krim malam, dan serum.

Di dalam produk sabun ia diguna sebagai pencuci muka yang sangat lembut (mild). Sesuai untuk semua jenis kulit tetapi lebih baik untuk kulit matang atau kering.

Untuk krim malam, fungsi anti oksidan akan memperbaiki sel-sel kulit yang rosak akibat terdedah seharian kepada persekitaran seperti agin kering, senaran matahari dan  UV, habuk dan pencemaran.

Jika mahukan produk yang lebih baik gunakan serum..Serum merupakan produk yang lebih tinggi kepekatan vitamin ACE yang mana kesannya pada kulit lebih cepat..

Kesan penggunaan vitamin ACE


  • Increased firmness, elasticity and tone of skin
  • Brighter and more radiant skin
  • Reduced pigmentation marks
  • Smoother skin
  • Repair of damage from UV rays and protection from future damage
  • Strengthened facial capillaries; helps Rosacea
  • Reduced facial redness
  • Prevention of lines before they start
  • More refined pores, improved appearance
  • More even skin tone (blotchy patches)
  • Combating of free radicals which cause ageing
  • Increased moisture in all layers of your skin
  • Winter saviour - protection from UV rays, wind and cold
  • Reduced UV-induced lines and wrinkles

All of which means "You look years younger!"



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care