Rawatan Muka Asas - Mingguan
Rawatan Muka Asas - Mingguan
Assalamualaikum w.b.t.
Agak lama saya tak mencoretkan sesuatu di laman blog ni..
Sejak akhir-akhir ni saya agak sibuk sikit dengan bisnes.. Banyak yang perlu diperbaiki dan perlu di tambah di dalam produk. Tambahan pula sekarang permintaan untuk krim, lotion dan serum semakin bertambah
Tapi syukur Alhamdulillah rezeki Allah ada di mana-mana, itu jaminan Allah jika kita yakin dan bertawakal In Sya Allah... Begitulah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah.. Ayat Seribu Dinar
Dalam blog kali ini saya ingin berkongsi CARA-CARA RAWATAN MUKA ASAS MINGGUAN yang kita boleh buat sendiri di rumah dan kenapa ianya penting???
Setiap wanita biasanya akan menggunakan produk asas iaitu pencuci, toner dan pelembab dan merasakan ianya sudah cukup untuk kebersihan muka. Tetapi sebenarnya produk-produk tersebut hanyalah sebgai asas mencuci dan menjaga secara asas sahaja...
Sel-sel kulit kita sebenar sangat aktif dan ia akan bertukar ganti dalam masa 28 hari. Dalam masa ini sel-sel baru akan keluar dan akan mati dalam masa 28 hari ini, apabila sel-sel ini mati ia akan membentuk satu lapisan di atas permukaan kulit sebagai pelindung sel-sel kulit yang baru..
Sel-sel yang mati ini bila sudah banyak perlu di buang tetapi dengan hanya menggunakan produk-produk asas lapisan ini tidak dapat di buang dan bertimbun-timbun membentuk lapisan yang menjadikan kulit muka tidak cantik seperti kulit kusam, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebgainya masalah kulit

Di sinilah peranan produk penjagaan mingguan begitu penting
Antaranya :-
1. Facial Scrub
2. Masker
3. Peeling
Facial Scrub
Facial Scrub bertindak membuang sel-sel kulit mati yang bertimbun-timbun. Untuk mendapat kesan lebih efektif stim nuka terlebih dahulu yang mana liang-liang roma akan terbuka dan bahan pembersih dan biji-biji scrub di dalam facial scrub akan membersihkan muka dengan lebih mendalam yang mana kulit akan terasa lebih licin dan bersih.. Biasanya kita lakukan 2-3 kali untuk permulaan bagi yang tidak pernah melakukannya selama ini. Bila amalan ini sudah biasa dilakukan cukuplah dengan sekali 1 minggu..
Masker
Masker biasanya mengandungi bahan-bahan untuk mengkhasiatkan kulit seperti vitamin dan mineral yang baik untuk kulit. Kita boleh guna yang ready made iaitu yang di beli di Salun kecantikan, Watson, Guardian dan sebagainya. Atau pun kalau rajin guna yang di buat sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi yang lebih selamat dan berkesan..
Kita akan berkongsi masker buatan sendiri di dalam laman blog akan datang. Saya akan berikan beberapa formula masker menggunakan bahan-bahan semulajadi sekeliling kita..
Di dalam bab ini kita hanya bincangkan produk sahaja..Boleh kan??
Jika masker yang dah siap yang kita beli boleh la pakai terus tapi kalau yang serbuk kita kenalah bancuh dulu, tapi senang je tambah air dan ratakan pada seluruh muka dan leher..
Peeling
Peeling ialah proses menanggalkan sel-sel kulit mati menggunakan produk tertentu. Biasanya bahan itu adalah berasid seperti peeling liquid, peeling cream atau serum. Peeling yang biasa digunakan ialah seperti yang biasa saya guna sabun CUKA NIPAH.. Lain-lain ialah glycolic acid daripada gula tebu ( sugar cane), cuka apple, mutli fruit dan macam-macam lagi.
Biasanya bahan-bahan ini berasid untuk mendapatkan kesan yang cepat seperti seminggu atau 2 minggu. Tapi produk-produk seperti ini perlukan kawalan dan khimat nasihat semasa menggunakannya daripada pihak beautician kerana tidak boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama kerana ia boleh memudaratkan kulit. Jika digunakan dalam masa yang lama kulit akan mula menipis dan ini membahayakan kulit apabila terdedah pada sinaran matahari.
Produk-produk seperti ini sangat penting untuk menjamin kulit yang cantik dan sihat.
Satu lagi dari panduan dari saya cuba elakkan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan kulit seperti hidrokuinon, merkuri, hidrogen perokside. Bahan-bahan ini mempunyai kesan sampingan yang sangat bahaya dan boleh merosakkan kulit serta menyebabkan kanser pada kulit.

![]() |
Struktur kulit |

scrub.. Okay tak?? |

Gold Mask Powder |
![]() |
Mask Clay ( tanah liat) |

Dari pokok nipah ni lah dapat cuka nipah.. |
![]() |
tebu |
![]() |
Apple |
Comments