MERAWAT SUNBURN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

Assalamualaikum wbt..

Setiap hari kulit kita sentiasa terdedah kepada matahari tidak kira panas terik atau pun redup. Sel-sel kulit mudah rosak dan menjadi kemerah-merahankan. Inilah dinamakan sunburn...

















Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigment pelindung kulit iaitu melanin. Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10pagi-5 ptg yang membahayakan iaitu sinaran Ultraviolet (UV). Gelombang ini memberikan kesan yang tidak elok untuk kulit  dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau  ini boleh menyebabkan keradangan ( inflamasi) kulit sehingga jika serius boleh menyebabkan jeragat atau penyakit kulit yang lain seperti edema, ekzema atau demam...

Tetapi tahukan kita bahawa Allah telah mencipta banyak bahan-bahan di sekeliling kita yang boleh membantu masalah ini dan ia sebenarnya lebih selamat dan berkesan.

Marilah kita kongsi bersama ye..

1. Aloe vera gel
    Ambil daun aloe vera, buang kulit, ambil lendirnya sahaja dan cuci getahnya selepas di buang kulit. Blend dengan air suling/bertapis.. Campurkan dengan sedikit tepung jagung atau tepung ubi. Sapukan ke muka seperti mask, biarkan 10-15 minit. Cuci dengan air bersih.

2. Yogurt 
  Yogurt juga boleh mengurangkan kesan sunburn.. Sapu je terus pada kulit akan mengurangkan kesan kemerah-merahan..



3. Cuka apple.
Campurkan cuka apple nisbah  1:3 dengan air suling/bertapis, simpan dalam peti sejuk, pastu spray je kt muka


4. Teh
Teh juga boleh. rendam sedikit serbuk teh, dah kembang ratakan pada seluruh muka.Biarkan ianya j=kering dan cuci dengan air bersih









5. Kentang
Potong kentang nipis-nipis dan tampalkan pada seluruh muka, biarkan airnya kering. Kulit akan rasa sejuk dan selesa..



6. Mentimun
Mentimun memang ada enzim menyejukkan kulit/ kurangkan kerengsaan. Potong nipis-nipis dan lekatkan pada seluruh muka...biarkan ianya kering













7. Putih telur
Ambil putih telur yang di simpan di dalam peti sejuk , sapukan pada seluruh muka..biarkan 10-15 minit..










8. Susu
Susu pun boleh jugak.. campur sedikit tepung jagung bagi pekat sikit, jadikan mask..


Sebenarnya  penggunaan bahan-bahan semulajadi adalah lebih baik dan selamat...



TAPI KALAU NAK BUAT CREAM PUN BOLEH JUGAK,

Ni ada satu resepi menggunakan minyak-minyak dan bahan semulajadi

1. Minyak biji rasberry ( rasberry seed oil) - estimated SPF 30-40
2. Shea Butter approximately SPF 6-10
3. Carrot seed oil  SPF 30
4. Wheat germ oil SPF 20
5. Saseme oil, coconut oil ,Hemp oil , avocado oil, Soybean and peanut oil SPF 4-10


SUNBURN CREAM

Bahan-bahan
1 auns campuran minyak ( boleh pilih di atas)
1 auns beeswax
1 auns butter ( pilihan shea butter, mango butter, cocoa butter)
1 sudu kecil vitamin E
0.36 auns Titanium dioxide
30 titik essential oil ( lavender, orange, rose)
Cara-.cara
1.Cairkan beeswax, butter , guna double boil
2. Larutkan titanium dioxide dalam sedikit  air
3. Bila (1) dah cair, masukkan (2)
4. Masukkan vitamin E dan campuran minyak, kacau sehingga sebati ( bercampur
5. Titik essential oil
6. Kacau sehingga sejuk dan cream menjadi pekat..
Boleh la guna untuk kawal sunburn

Yogurt Mask 

1/2 cawan yogurt
1 uncang teh ( larut dlm 1/4 cawan air panas)
2 ml minyak asas ( grape seed, olive oil, castor oil, sweet almond oil)

Kacau yogurt dan air teh yang dah disejukkan. 
Masukkan minyak asas.
Selepas cuci muka dengan bersih sapukan mask pada seluruh muka.
Apply 2-3 lapis dan biarkan selama 15-20 minit..
Kulit akan lebih nyaman dan sejuk je rasanya

Sesuai untuk muka yang sunburn...









Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care