TIPS KECANTIKAN MENGGUNA BAHAN SEMULAJADI

Bismillah..

Hari ni rasa nak menulis la pulak..agak lama tak update kat blog ni...

Terjumpa artikel tentang penggunaan bahan-bahan semulajadi untuk kecantikkan...

Rasa nak syer la pulak kat sini

Mulakan dengan cara penjagaan kulit muka rutin setiap hari.Kita mukana dengan pemilihan PENCUCI MUKA dulu ye..

     

Sebenarnya untuk menjaga kulit muka agar kelihatan cantik dan sihat sepanjang masa bukanlah memerlukan produk yang mahal atau berjenama. Kita perlu kenal dulu jenis kulit dan tahu keperluan kulit. Sebenarnya kulit hanya memerlukan sesuatu bahan atau mineral/ vitamin tertentu sahaja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita tahu sel-sel kita hanya hidup 27-29 hari sahaja, sel-sel ini akan mati dan akan di ganti sel-sel yang baru. Tapi kita juga perlu tahu sel-sel kita juga akan rosak sebelum waktunya  akibat persekitaran seperti pencemaran, cahaya matahari dan ultra violet (UV), kepanasan dan sebagainya. Sel-sel rosak ini perlu di jaga dan rawat kerana jika tidak kulit akan rosak teruk. Penjagaan awal akan mengurangkan risiko sel-sel ini rosak. Penggunaan produk yang betul juga boleh membantu sel-sel ini dan menghalang ia rosak.
Kesiankan kulit kita... kulit kita akan cantik bila ia sihat.. untuk itu kita sendiri yang perlu menjaganya..

Jangan terpedaya dengan produk-produk yang menjanjikan cantik untuk jangkamasa yang cepat sedangkan kulit kita dah rosak..

Saya nak bercerita kat sini sikit pengalaman saya semasa kerja dahulu. Saya pernah menggunakan mesin untuk analisis kulit atau scanning machine yang mana kita dapat melihat sel-sel kulit dengan lebih jelas dan dapat mengenalpasti masalah kulit iaitu sama ada berminyak, kering, blackhead, jeragat dan sebagainya.
Pada masa tu terlalu 'famous' sabun daripada Thailand yang mana ramai pengusaha-pengusaha kosmetik di Malaysia telah mengambil sabun dari sana dan dijadikan jenama mereka. Pada masa saya analisis kulit mereka ramai yang di dapati mengalami sel-sel kulit yang rosak, terputus-putus jaringan pada permukaan kulit , kulit menjadi kering tetapi  pada masa yang sama sel kulit di dalam berminyak dan keluar jerawat.

Tekstur kulit yang sihat 



MASALAH-MASALAH KULIT

Kulit nipis, nampak kapilari darah
Kulit kemerahan dan sensitif


kulit kering dan kemerahan 

kulit kering dan berkedut

Liang roma terbka , blackhead dan white head.



Tahu tak kenapa?

Ini kerana sabun ini mengeringkan permukaan kulit dan menipiskan kulit, sel-sel telah rosak dan minyak pada ssebum tak dapat dikeluarkan secara normal, kulit rasa kering , tegang tetapi licin, jerawat akan keluar bila sebum tak dapat keluar secara normal.

Bila saya 'scan' kulit mereka masalah inilah yang saya dapati, ramai yang masih muda sekitar 18-25 tahun tapi kulit muka dah rosak. Sepatutnya pada umur begini tekstur kulit mesti sihat, urat-urat tersusun cantik..macam ni..

Tekstur kulit yang sihat, tekstur kulit sangat cantik..
Sebenarnya sabun daripada Thailand ni di perbuat daripada noodless soap bukannya glycerine soap. Noodless soap mengeringkan kulit yang biasanya digunakan untuk membuat sabun badan seperti Lux, Camay dan Zaitun yang biasa kita guna untuk badan. Kulit muka tidak sesuai kerana sel kulit kita nipis dan perlu bahan yang lembut dan lembab seperti sabun glycerine atau pencuci jenis cecair.

Memang kulit perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membuang kotoran dan debu2 akibat terdedah pada persekitaran, tetapi pemilihan pencuci sangat penting. Perlu kenal dulu jenis kulit kita..

Antara jenis-jenis kulit

1. Kulit normal - sesuai pencuci berbuih dan lotion
2. Kulit berminyak - sesuai pencuci berbuih
3. Kulit kering -sesuai pencuci lotion /cream
4. Kulit Sensitif - sesuai pencuci  lotion/cream

Penggunaan sabun glycerine walaupun berbuih ia kaya dengan pelembab semulajadi, so tidak perlu bimbang,  ia tidak mengeringkan kulit. Tetapi perlu juga kenal pasti bahan untuk jenis kulit contohnya..

1. Rumpai laut sesuai untuk semua jenis kulit
2. Cengkih dan kulit kayu manis untuk kulit berminyak
3. Aloe vera untuk kulit kering dan sensitif
4. Kolagen ikan sesuai untuk semua jenis kulit

Dan banyak lagi... perlu kajian mendalam dalam memilih sabun yang sesuai ye..

Begitu juga untuk pengusaha-pengusaha sabun semua , perlu buat kajian juga bila nak buat sabun ni, jangan kira buat saja kerana kita nak membantu orang ramai bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan...

Selain daripada itu, kita juga boleh buat produk kita sendiri di rumah untuk cuci muka...

1. Madu  ( pastikan yang asli ) - sapukan pada muka dan sedikit urutam membulat.. biarkan 5 minit, cuci denga air bersih ( baik untuk liang roma terbuka (open pores) )




2. Susu, cream atau yogurt - untuk kulit kering. Juga Sapukan pada muka dan biar 5 minit sebelum di cuci dengan air..

3. Jus lemon untuk kulit berminyak.

FACIAL SCRUB

Sesekali perlu juga guna scrub untuk membuang sel-sel kulit mati. Kalau tak buang sel-sel kulit mati ni, sel-sel ini akan bertompok-tompok menjadi jeragat. Tambah memburukkan keadaan jika kulit sering terdedah pada pencemaran dan panas matahari..

Facial Scrub biasanya digunakan 2-3 kali 1 minggu.

Sebaik-baiknya sebelum sapu facial Scrub, stim muka ada lah terbaik untuk membuka liang-liang roma dan scrub akan mencuci dengan lebih mendalam. Buat sendiri je.. Guna air panas masukkan dalam mangkuk dan tadah muka dalam mangkuk, tutup kepala dengan tuala..




Tak susah nak buat facial scrub sendiri, saya akan berikan beberapa cara membuat facial scrub sendiri, lebih selamat dan semulajadi.



1. Blend biji soya, minum airnya dan hampasnya jadikan scrub
2. Blend carrot dan apple hijau juga boleh guna sebagai scrub
3. Kalau nak kulit cerah, blend sengkuang ambil airnya sebagai pencuci, hampas sebagai scrub
4. Goreng beras pulut tanpa minyak, bila agak kuning sejukkan. Kemudian blend menjadi serbuk dan boleh gunakan apabila rasa nak buat scrub ambil secubit dan massage muka dengan pencuci muka.( apa-apa pencuci muka).

SELAMAT MENCUBA RESEPI SIHAT DAN SELAMAT NI..

Insyaallah..

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care