Panduan untuk Membuat produk Kosmetik sendiri

Assalamualaikum wbt..






Student di Akademi Kecantikan Azalea

Kepada semua sahabat-sabahat yang berminat ingin membuat produk sendiri terutamanya produk kosmetik, saya terpanggil untuk berkongsi panduan ini.


Kalau nak buat produk sendiri ni banyak kena ambil peduli sama.

1. Create sendiri produk, Study market produk di pasaran , permintaan yang mana tinggi. Cuba-cuba la kreatif sikit.

2. Jangan cuba tiru produk orang. Sebagai panduan tak pe tapi jangan tiru sebiji. Kesian orang tu nak naikkan produk dia punya la susah, senang-senang je kita pi tiru.Itu mengganggu market orang.

3. Kena rajin study, banyakkan membaca. Terdapat banyak bahan-bahan di sekeliling kita boleh guna. Kalau tak pandai pergi kursus pembuatan produk ke , marketing ke atau apa je  untuk tambah ilmu

4. Bila dah ada produk sendiri kena berbangga dengan produk tersebut. Cuba naikkan produk tersebut. Sebab tu lah kena jaga kualiti produk anda.

5 Dalam pembuatan produk banyak perkara perlu dipertimbangkan seperti pemilihan bahan mentah, keseuaian untuk jenis kulit, pemilihan brand dan logo ,  persaingan di pasaran dan pengiraan kos ( costing)

Inilah yang kami tekankan di Akademi Kecantikan Azalia iaitu bagaimana nak mula perniagaan kosmetik.
Semua benda di ambil kira..


                                                  

Petikan daripada Fbook Dr. Azizan Osman 

Nak tiru pun tak reti?
Apa nak risau jika orang ikut kita atau model kita, itu menunjukkan yang kita adalah Leader (Tak perlu menang undi). Tapi, bagi yang suka meniru, rajin-rajinlah guna otak supaya tidak lembam dan jangan malas dengan meniru bulat-bulat. Jika anda tiru bulat-bulat satu syarikat cth RestoranChucuk2, tiru nama, tiru menu, tiru konsep warna dan brand, anda sebenarnya boleh disaman, jangan tiru branding/ warna atau motto/ iklan/ cetak rompak, tetapi bagus ikut MODEL konsep atau sistem dan bukan hanya dari satu syarikat tapi lebih dari 10 syarikat. Jika anda model lebih 10 syarikat dan buat research best practise mereka, anda adalah Peniru Yang Bijak.
Peniru yang bagus adalah peniru yang tidak copy bulat-bulat tetapi tukar konsep dan perbaikinya lebih bagus! Dunia ini penuh dengan copycat, di sekolah meniru adalah salah tetapi di dalam dunia sebenar atau bisnes, meniru best practice adalah satu praktis yang telah digunakan sejak zaman berzaman.
Contoh, dulu-dulu tahun 70-an, orang guna banyak produk dari Europe seperti TV, kereta oriental seperti Fiat, Alfa Romeo dan lain-lain, kemudian Amerika tiru dan cuba buat lebih baik dengan Ford dan General Motor serta TV USA, kemudian Jepun menghantar ramai pelajar ke Amerika dan tiru serta buat lebih baik lagi penambahbaikan dan jual lebih murah, mula-mula orang tidak mahu produk/ kereta Jepun keratna dikatakan tidak berkualiti, tapi kemudian kereta Jepun jadi pilihan ramai dan wujud brand seperti Toyota, Honda, Nissan dan kualiti brand mereka meningkat.
Dan hari ini, Korea pula menjadi upcoming kuasa ekonomi dengan produk mereka, tapi percayalah China sedang menyusul dengan produk yang berkualiti dan lebih murah..... Well, point saya ialah, Kita mesti sentiasa buat lebih baik lagi dari sebelumnya, kalau kita "stagnant", kita akan ketinggalan. Orang yang berjaya adalah orang yang cepat belajar dan sentiasa belajar memperbaiki apa yang mereka lakukan! Jangan tiru bulat-bulat tetapi model dan perbaiki luar dalam lebih baik dan jangan rasa selesa lah sangat!

 - AzizanOsman.com-


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care