Kerjaya saya 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah dah hampir 5 tahun saya memulakan peniagaan ini, berbagai pengalaman suka dan duka saya harungi..

Bermula dari ZERO  saya memulakan kerjaya saya sebagai bisneswomen sepenuh masa iaitu bermula November  2011, dengan nekad ingin memulakan hidup baru.

Merangkak-rangkak saya naik sedikit demi sedikit, banyak dugaan saya harungi dan Alhamdulillah sekarang saya mempunyai beberapa syarikat saya sendiri

1. Nasyierah Herbal Beautycare - membekalkan bahan mentah dan produk siap kosmetik
2. Fitra Solusi Centre - My lovely spa
3. Zash Beauty - Kedai kecil merangkap kilang

Alhamdulillah Allah bagi jalan yang agak mudah tetapi saya tak boleh leka dengan semua ini..

Agak lama tak update blog ni sebab agak sibuk dengan baby project ..Zash Beauty

Bermula dengan di rumah saya buat kecil-kecilan membuat produk sendiri , kemudian bergabung dengan seorang kawan membuka spa Fitra Solusi Cenre di Taman PKNK , Alor Setar Kedah
dan sekarang membuka kedai kecil Zash beauty sebagai kedai serta kilang kecil memproses  produk

















Dah besar sikit Nasyierah Herbal Beautycare , wujud pula Fitra Solusi Centre 




 Sekarang Zash Beauty





 Saya juga adakan kelas bagi yang berminat membuat produk sendiri , alhamdulllah ramai yang berjaya keluarkan produk sendiri .Seronok berkongsi ilmu





Insyaallah dalam proses untuk menjadikan kilang kecil kami bertaraf GMP ... untuk membantu pengusaha-pengusaha kosmetik mendapat pengiktirafan produk masing-masing 




Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya untuk cosmetic chemist

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

INFO TENTANG CUKA NIPAH