TIPS UNTUK SUNBURN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama2 kali nak minta maaf sebab lama tak syer ilmu kat sini, maklum la agak busy dengan SPA dekat Fitra Solusi Centre dan KIlang kecil dan comel saya dekat Zash Beauty . Banyak sangat kerja perlu diselesaikan .
Malam ni rasa nak coret2 la pulak dalan blog ni tentang tip-tip jika mua jadi sunburn atau terbakar panas. Cuaca yang tak menentu , kejap panas terik, kejap hujan buatkan kulit kita tak berapa stabil jugak kan..
Terutamanya budak-budak sekolah, kesian tengok kulit muka diorang, dah berbekas dengan tudung sekolah tu.
KIta banyak diperkenalkan dengan pelbagai produk kononnya boleh kurangkan sunburn la, ada spf la, macam-macam la yang diorang janjikan dengan produk diorang
Saya nak syer kat sini kaedah semulajadi je..insyaallah tak bahaya , guna pun bahan2 semulajadi
1. Campur oat +susu + lemon jus.. tempek je kat muka yang kena burn tu
2. Aloe vera , ambil je gel dia tu , buang kulit ye dan basuh sebab getah yang kuning2 tu boleh gatal2 kulit . Sapu je kat muka biar kering sendiri..
3. Boleh juga blend kentang , pastu campur tepung jagung , tempek la kat muka ye , biar 10-15 minit , cuci dengan air bersih
4. Kalu nak produk Zash boleh je , kami ada soothing night mask , boleh sapu je , nak basuh muak pun boleh, tak nak basuh , esok pagi baru basuh pun boleh ... :)
5. Satu lagi Gold + kolagen mask - juga boleh kurangkan sunburn
Sun burn adalah disebabkan kulit keluarkan sel-sel melanin iaitu sel yang memberi warna pada kulit bagi menghalang kulit yang pedih akibat terdedah teruk pada matahari.. Bila sel melanin keluar , kulit akan lebih gelap, ini adalah cara semulajadi kulit di jaga .
Pemakaian produk pencuci atau toner yang kuat kandungan kimia akan membahaya atau memburukkan lagi keadaan. Rawatan sebelum adalah denga memakai produk penghalang matahari atau cream yang ada SPF ( Sun Protection FactoR)..
Jika dah jadi , cuba rawat dengan mask atai toner air mawar. Mask akan memperbaiki semula sel-sel kulit secara semulajadi , memberikan vitamin dan mineral kepada kulit
Insyaallah .. boleh cuba dulu
![]() |
Yang Purple tu Soothing night mask , yang pink Facial Scrub |
Gold + collagen Mask |
Comments