AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI HARI RAYA
Bismillahirrahmanirrahim
Selamat Hari Raya
Sebenarnya nak cerita tentang amal pemakanan sihat di hari raya ni .. saya pun terbabas juga ...hihihi
Tapi nak cerita juga sebab baru-baru ni saya ada sedikit pengalaman dalam kaedah menurunkan berat badan.
Sebelum ni saya banyak diperkenalkan dengan pelbagai produk untuk menurunkan berat badan tapi saya kurang berminat sebab saya agak malas..
Bila berat badan saya mencecah hampir 70 kg saya cuba satu kaedah yang saya buat sendiri tanpa perlu makan suplimen apa-apa.. Nak tau tak ?
Macam ni nak cerita saya cuba buat sendiri , saya hanya makan breakfast yanga agak berat, so kadang-kadang saya makan nasi , so tengahari saya makan apa-apa je .. kadang-kadang buah atau biskut je.. Bila petang makan agak berat macam bihun sup atau makanan berkuah seperti tomyam, dalam pukul 6-7 pm.. Bila malam kalau lapar cuma biskut kering cicah milo panas 3-5 keping ..
Ada kadang-kadang tu saya berpuasa ..memang bagus puasa seminggu 2 kali isnin & khamis , Alhamdulillah berat saya berkurang dalam 2 bulan sekarang 65 kg..
Baru-baru ni kita puasa pulak 1 bulan , saya cuma makan berbuka dengan sup atau makanan berkuah, Dekat nak tidur saya makan nasi sedikit, lebihkan protein seperti ikan bakar dan ayam bakar dalam pukul 11 pm.Saya minum air kosong sebelum tidur dan akan suplimen saya buat sendiri .. Kapsul 1 biji campuran kolagen, glutathione, vitamin c dan pearl powder . Bila sahur pukul 4.30 am saya bangun minum air kosong dan makan 1 kapsul sekali lagi .. makan kurma sebiji..
Alhamdulillah erat saya sekarang 60kg.. seronoknya ..hihihi
3 bulan saya turun 10 kg ...
Saya akan teruskan lagi untuk dapat berat antara 50-55kg..kerana ketinggian saya yang agak rendah..saya tak boleh besar sangat ke sisi...:)
Saya akan teruskan lagi untuk dapat berat antara 50-55kg..kerana ketinggian saya yang agak rendah..saya tak boleh besar sangat ke sisi...:)
Ada yang nak buat macam saya ke ?
Apa yang dapat saya kongsikan bersama di sini ialah walau macammana sekali pun ubat-ubat kurus di pasaran perlu hati-hati, ada banyak bahaya daripada kebaikan , perlu perhatikan dulu kandungannya ye..
![]() |
ni la produk saya beauty skinz |
Apa yang dapat saya kongsikan bersama di sini ialah walau macammana sekali pun ubat-ubat kurus di pasaran perlu hati-hati, ada banyak bahaya daripada kebaikan , perlu perhatikan dulu kandungannya ye..
Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di pasaran , ( jangan marah je penjual produk slimming- saya cuma ingat- mengingati)
Komintmen kita untuk mengurangkan berat badan secara sihat , kena sentiasa berterusan , jaga pemakanan , pilih pemakanan yang sihat. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, mee dan bihun, makan sedikit2 dan lebih kerap. lebihkan protein sebab protein agak lama untuk di hadamkan seperti ikan, ayam dan daging .
Semak piramid pemakanan kita, karbohidrat itu apa , protein tu apa, lemak & minyak tu apa...
Untuk mengurangkan berat badan perlu kurangkan karbohidrat.. betul sangat-sangat , bila saya kurangkan karbhidrat dalam pemakanan harian saya memang saya puas hati , berat badan berkurang. Ini kerana karbohidrat bila berlebihan akan menjadi lemak dan lemak tersimpan di dalam badan...huhuhu
Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak serat serta protein untuk mengurangkan rasa lapar. Memang agak berat jika berat badan agak berlebihan untuk ubah rutin biasa kita.
Sabda Nabi kita , makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. amalkan ye
Satu lagi yang saya dapat daripada rutin seharian pemakanan saya , kita perlu banyak minum air kosong sebab hanya air kosong yang dapat membantu mencuci buah pinggang kita dengan segala makanan berat seharian, boleh cuba bila kita minum air kosong banyak , kita kencing kerap tapi air kencing kita lebih jernih dan tak berbau, tapi jik akita kurang minum air, air kencing akan kuning dan pekat .Kesian buah pinggang terpaksa tapis lebih teruk sebab tak cukup air nak filter
.
Comments