Sabun Nypa Peeling : Menangani masalah kulit jeragat

Selalu kita tengok kan masalah jeragat ..

Bagaimana ye..

Jeragat ni wujud sekitar muka biasanya disebabkan beberapa faktor..
Jom kita sembang sikit ye. 

Jeragat atau pigmentasi bukanlah penyakit tetapi bila ada nampak tak cantik..tambah-tambah selalu terletak kat muka.

Ini sabun kami ye


NYPA PEELING SOAP 















Antara masalah jeragat ialah 

i. Kerja yang melibatkan kulit terdedah pada sinaran matahari dengan masa yang agak lama 

ii. Kerja yang melibatkan kulit terdedah pada panas yang membahang seperti tukang masak yang terdedah pada bahang api.

iii. Penggunaan produk yang mempunyai kadar bahan kimia bahaya yang tinggi seperti merkuri, hidrogen peroxide dan hiddroquinone 

iv. Hamil . Apabila hamil hormon di dalam badan juga berubah dan boleh menyebabkan keluarnya jeragat tapi tak semua orang yang jadi disebabkan hamil

v. Mengambil ubat tertentu juga boleh menyebabkan wujudnya jeragat secara tidak sedar 

Sebenarnya jeragat terjadi tanpa kita sedar secara perlahan-lahan. Apa yang kita nampak di kulit bila adanya jeragat tu sebenarnya terjadi 3@4 tahun lepas . Kalau dah banyak dan tebal tu sebenarnya berlaku 5-7 tahun sebelum itu lagi.

Jeragat ada 2-3 jenis, jom kita baca ye 

1. Jeragat disebabkan sel- sel kulit mati . Jeragat jenis ini di atas kulit dan senang ditanggalkan.. Boleh guna masker atau facial scrub je.. Rajin  kita amalkan , Inshaallah boleh di buang.

2. Jeragat kekal . Jeragat di dalam kulit maksudnya jeragat ini berada di bawah lapisan kulit dan susah nak buang. Perlu bahan-bahan tertentu seperti asid sebab asid bertindak sebagai penanggal atau penghakis sel-sel kulit mati .  Peeling atau penghakis yang terdapat di dalam asid yang mana asid yang kita tahu bersifat pH di bawah 6. 

Antara bahan-bahan berasid di sekeliling kita yang boleh kita temui secara semulajadi ialah iaitu kategori asid buah iaitu AHA ( Alpha hidroksi asid ) 

asid sitrik - di dalam buah jenis limau atau sitrus
asid malik - dalam buah apple 
asid glycolic - dalam gula tebu
asid asetik - dalam cuka nipah 

Saya memilih cuka nipah kerana ianya sangat unik dan dari kajian boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dengan cepat. pH cuka ialah antara 3.0 -5.0 . Bila di campur ke dalam produk ianya bersifat asidik yang mana boleh bertindak menghakis sel-sel kulit yang gelap .

Ini sabun yang saya hasilkan daripada cuka nipah .






Sifat istimewa di dalam cuka nipah iaitu 

i. asidik bersifat peeling @ menghakis secara semulajadi
ii. anti oksidan -merawat sel-sel yang rosak
iii. anti bakteria merawat luka jika ada jerawat 
iv. menseimbangkan pH kulit 
v. Boleh hilangkan ketuat @ wart jika dalam 10% kepekatan ( buat cream ) 

rujukan :

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1995764515000929

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care