15 TOP REMEDI UNTUK MASALAH MUKA - PIGMENTASI@ JERAGAT


Pigmentasi , Dark Spots, Freckles, Sun spots , Melasma 



Semua nama-nama tu berkaitan warna kulit yang tak sekata , kata orang Melayu JERAGAT





















Jom kita tengok ada 15 REMEDI yang boleh membantu mengurangkan kesan jeragat ni


1. Lemon jus yang kaya vitamin C , sejenis asid citrik, agen pengelupasan semulajadi terbaik

     1. Perahkan jus lemon
     2. Ambil facial cotton  dan celup dalam jus
     3. Sapu sebagai toner pada seluruh muka terutama pada tempat yang bermasalah
     4. Biarkan selama 30 minit 
     5. Cuci dengan air suam







2. Aloe vera Gel, guna  natural ye , dari pokok    


      
     1. Potong daun Aloe vera, ambil gel sahaja
     2. Guna sudu, hancurkan gelnya
     3. Sapu gel pada seluruh muka, biarkan selama 30 minit
     4. Cuci dengan air suam

3. Vitamin E oil, anti oksidan yang tinggi , merawat sel-sel yang rosak , melawan radikal bebas 
     
      1. Cuci muka dengan bersih 
      2. Ambil 3 titik vitamin E , sapukan pada muka sehingga sekata
      3. Lebih elok sehari sekali , waktu malam sebelum tidur, cuci keesokan harinya 

4.  Kentang  mempunyai kandungan gula dan kanji yang tinggi boleh bertindak sebagai agen scrub , mengaggalkan sel-sel kulit mati pada kulit

     1.  Potong kentang nipis-nipis, nanti akan rasa basah pada permukaan yang di potong 
     2. Boleh sapukan terus potongan kentang pada kulit muka
     3. Boleh juga blend dapatkan jus, guna facial cotton, sapukan pada kulit
     4. Biakan 30 minit dan cuci dengan air suam

5. Susu, Asid laktik tinggi, juga bertindak sebabgai agen pengelupasan yang sangat lembut serta dalam masa yang sama memberikan lembapan pada kulit
      
    1. Guna Facial Cotton, apply susu pada muka secara terus 
    2. Biarkan selama 3- minit
    3. Cuci dengan air bersih

    
6. Oat , sejenis agen pembersih dan menyerap kotoran yang sangat efektif untuk kulit, boleh buang sel-sel kulit mati, kesan parut dari jerawat. Ia juga merupakan bahan mengawal anri keradangan kulit ( kemerah-merahan)

     1. Campurkan Oat dan sdikit madu, nak tambah susu pun boleh , rendam 2jam 
     2. Blend menjadi paste
     3. Boleh buat masker, sapu seluruh muka 
     4. Biarkan selama 20 minit dan cuci dengan air suam

7. Kunyit, sejenis herba yang sangat berguna. Kaya dengan anti oksidan mengawal serangan radikal bebas

   1. Blend kunyit, susu dan jus lemon
   2. Jadikan masker, sapukan ke muka 
   3. Biar selama 20 minit dan cuci dengan air suam

8. Castor Oil kaya dengan asid lemak Omega-3 dan vitamin E untuk anti oksidan dan merawat parut
     
     1.  Guna facial cotton , sapukan ke muka 
     2. Lakukan sedikit urutan
     3. Lebih baik lakukan sebelum tidur dan biar semalaman 
     4. Cuci keesokan harinya.

9. Jojoba Oil kaya vitamin E, anti radang, sesuai untuk kulit sensitif (ekzema)

     1.  Guna facial cotton , sapukan ke muka 
     2. Lakukan sedikit urutan
     3. Lebih baik lakukan sebelum tidur dan biar semalaman 
     4. Cuci keesokan harinya.

     
10. Rose hip Oil, anti oksidan tinggi, baiki sel-sel kulit rosak, parut 

    1.  Guna facial cotton , sapukan ke muka 
     2. Lakukan sedikit urutan
     3. Lebih baik lakukan sebelum tidur dan biar semalaman 
     4. Cuci keesokan harinya.

11.  Jus Tomato , kaya vitamin A & C , ada lycopene 

     1. Slicekan tomato, lenyek-lenyekkan ambil jusnya
     2.Guna Facial Cotton, tambah susu dan apply terus  pada muka secara terus 
    2. Biarkan selama 3- minit
    3. Cuci dengan air bersih


12. Jus Bawang merah dan bawang putih
     
     1. Blend bawang merah dan bawang putih, 
     2, Perah dan ambil jusnya
    3. Ambil facial cotton, apply terus pada muka'
    4. Biarkan selama 30 minit dan cuci dengan air bersih


13. Jus Nenas

     1. Potong nenas nipis-nipis, lenyek-lenyekkan ambil jusnya
     2. Guna Facial Cotton, tambah susu dan apply terus  pada muka secara terus 
     3. Biarkan selama 3- minit
     4. Cuci dengan air bersih

 14. Jus Apple hijau

       1. Potong apple hijau nipis-nipis, lenyek-lenyekkan ambil jusnya
       2.Guna Facial Cotton, tambah susu dan apply terus  pada muka secara terus 
       3. Biarkan selama 3- minit
       4. Cuci dengan air bersih

15.  Rumpai laut 
     
      1. Basuh rumpai laut dengan bersih
      2. Rebus sehingga jai gel
      3. Boleh apply terus pada seluruh muka, biarkan 10 minit dan cuci 





       

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care