1 STEP TO BE NEW COSMETIC FORMULATOR


Nak jadi Cosmetic Formulator ? 

ADa juga follower saya yang bertanya nak create formula sendiri macam mana . Macam mana nak mula . SO kat sini saya nak aktifkan semula blog ni sebab nak share sedikit sebanyak macamna nak create formula , apa persediaan yang perlu.  Saya rasa tak perlu kot nak jadi chemist cukup sekadar tahu macam mana nak create formula saja.

Sebabnya kat sini kalau nak jadi chemist perlukan kualifikasi yang spesifik iaitu ijazah kimia atau yang sewaktu  dengannya. Farmasi bukan chemist, farmasi create ubat bukan produk kosmetik, memang  ada la juga cream dan lotion tapi tetap guna bahan aktif berkaitan dengan perubatan. 

Sebab tu saya nak cerita kat sini how to be a cosmetic formulator .. Sapa-sapa je boleh. 
Tapi kena tau banyak benda juga la. Imu tetap kena baca, kena kaji, tak boleh malas-malas.

STEP 1
Kenal jenis kulit, kena  belajar kenal jenis-jenis, cici-ciri kulit antaranya kulit normal, sensitif, berminyak, kering . Sangat penting sebab kita nak tau masalah setiap kulit ni.Bila ada masalah baru boleh cari cara nak selesai , baru ada produk boleh create. Kena tekstur kulit, psikologi kulit, asas kulit , keperluan kulit, lapisan-lapisan kulit dan banyak lagi.  Bila kita kenal  dan kita tau apa yang perlu untuk kulit yang sihat , maka senang lah kita cuba create produk. Kulit setiap orang tak sama sebenarnya  dan keperluannya juga tak sama .

STEP 2

Belajar kenal bahan-bahan aktif keperluan kulit seperti vitamin dan mineral dan fungsinya. Contoh vitamin E sebagai anti oksidan dan apa itu anti oksidan , bagaimana ia berfungsi. Vitamin A  pula , kenapa perlu untuk untuk kulit  dan dari mana datangnya vitamin A. Ini contoh dan banyak lagi.. Nak kulit lembab apa yang perlu kita tambah . Nak kulit halus , apa yang perlu. Kulit kurang kolagen, mana nak cari kolagen tu, faktor umur bagaimana kita nak cerita, umur begini kebanyakan kulit berminyak atau kering. Faktor tempat kerja seperti bekerja d dalam bilik ber ' aircond' - ciri-ciri kulit, bekerja di rumah , berapa lama terdedah pada matahari sehari, sebenarnya semua tu mampu menceritakan ciri-ciri kulit seseorang . So kat sini kita boleh kenal masalah kulit setiap orang.

STEP 3

Bagi yang biasa tengok DIY produk atau biasa tengok cara-cara buat produk homemade , atau baca dari buku atau intenet tentang istilah-istilah bahan ni, emulsifier, emollient, surfactant, lubricant, anti ageing, anti septik dan macam-macam lagi . so selepas ini kena rajin-rajin kaji istilah-istilah ini pulak. Penting sangan nak kena bahan-bahan yang kita nak tambah di dalam produk. Contoh kenapa cream perlu ada emulsifier tetapi toner tak perlu. Kenapa di dalam toner perlu ada solvent ?  So nanti kita akan kaji satu-satu .

STEP 4

Perlu kenal produk-produk keperluan kulit, mana yang asas dan mana yang sebagai rawatan atau treatment. Step by step cara guna. Mana yang boleh pakai harian atau mana yang pakai  mingguan. Ini dah masuk bab beautician sebenarnya tapi untuk formulator perlu tau semua ni. Saya dulu masa awal-awal terlibat dalam bidang ini pun tak tau juga, saya ambik kelas untuk beautician juga untuk dalami bidang ini. 

STEP 5. 

Seterusnya kita belajar kenal produk dan apa fungsi setiap produk kita create tu . Contoh pemcuci muka ada banyak jenis seperti sabun, foaming cleanser, cleansing milk, facial wash, cleansing gel dan macam-macam lagi. Tapi semua berfungsi sebagai pencuci muka . APa bezanya so kita kena tau. Sama juga toner, moisturizer, masker, scrub, serum, terlalu banyak dan apa bezanya . 

STEP 6

Bila dah tau semua di atas, itu belum cukup lagi . Kita akan masuk bab kenal produk , cream untuk muka, untuk badan , apa bezanya, mask muka dan badan, gel dan serum , apa bahan-bahan asasnya , scrub dan masker . Banyak lagi yang kita perlu belajar kan..

Okay cukup setakat ni hari ni , kalau dah dapat clue tu , cuba-cubalah reaseach serba sedikit apa yang saya sebutkan. Saya masih dalam proses untuk siapkan modul untuk sesiapa yang nak belajar detail untuk menjadi cosmetic formulator , insyallah saya akan sediakan sebaik mungkin modul lengkap tapi ada 5 modul bermula dari asas sehingga advance seperti formula untuk yang dah cekap betul-betul, kira advance lah .. 

Boleh direct DM untuk yang berminat . Mungkin  untuk kursus ini akan ambik masa   agak lama juga untuk habiskan , tapi berbaloi sebab belajar dari asas sampai. Saya akan sediakan juga formula di dalam modul-modul ini nanti. BIla sampai bab tertentu bahan akan disediakan dan anda boleh cuba buat sendiri .


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care