Masalah Jeragat - anda ke yang ada masalah ni?

 Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah kita dah masuk 2022, maka umur pun bertambah tapi  jangan risau sebab umur tu hanya angka. Sebab apa, ya umur tak menjamin kita sihat kalau kita sendiri tak pandai jaga diri kita. Pernah tak kita kita lihat orang yang umur 40an tapi rupa macam 30an, tapi yang umur 20an dah macam 30an. 

Sebab tu umur hanya angka, kalau kita jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga lifestyle inshaallah kita akan nampak sihat dan cergas. Tapi takpe kat sini saya hanya nak cerita tentang jeragat ja.. bab pemakanan dan lifestyle  kita cerita hari lain.

Nak kenali jenis-jenis jeragat ni sebenarnya kita kena tau dari mana jeragat tu mai kat kita, maksudnya punca jeragat sebab kita ja tau apa yang kita pakai kat muka kita.

1. Jeragat sebab kepanasan melampau - selalunya jeragat macam sebab pekerjaan melibatkan kerja kat panas terik, tukang masak, kerja jualan tepi jalan, Kerja ni kita kena duduk di bawah panas matahari lebih 5 jam, kerja tempat panas pastu memasak pula dengan panas api. Sel melanin iaitu sel yang mengeluarkan warna kulit perlu keluarkan sel-sel menggelapkan kulit untuk elakkan penyakit kulit. Maka jadilah warna tak sekata yang kita sebut JERAGAT

2. Jeragat sebab pakai produk kimia yang bahaya. Antaranya hidroquinone, merkuri, hydrogen perokside, tretinoin. Bila bahangbahan ini kita guna kat kulit, ia telah mengganggu proses semulajadi kulit yang mana sel melanin  akan rosak dan berhentikan pengeluaran bahan untuk pelindungan sel kulit. Semasa bahan ini digunakan memang okay sebab bahan ini membantu mencerahkan kulit tetapi bila kita berhenti guna, sel-sel kulit akan cuba kembali normal keluarkan warna asal tetapi akan jadi tak sekata warna kulit. Kesan inilah yang namanya JERAGAT. Satu lagi masalah bila produk ada bahan bahaya ni, ia merencatkan sel-sel yang sihat sebab di dalam  kulit sel-sel banyak rosak.

3. Jeragat sebab usia meningkat. Sel-sel kulit sangat aktif masa remaja, bila umur 25 tahun sel-sel semakin kurang aktif pertumbuhannya. bila umur 35 ke 40an lagi lambat ye. Kedutan dan line penuaan dah mula kelihatan walaupun kadang-kadang kita tak sedar. Selalu bila dah nak masuk 50an baru jelas kedutan terutamanya kat matabdan bibir. Sebenarnya bila usia meningkat kulit semakin kering dan kering. Sel-sel yang sihat pun semakin kurang, Kulit semakin kurang lembapan,  pelembab tak pakai, pencuci pun tak sesuai. Ada yang masihbpakai pencuci zaman yang sama dia pakai waktu  kulit normal, umur 20an yang mana menambahkan lagi kulit lebih cepat kering. Bila kering, kulit berkedut, tak pakai krim pelembab, tak pakai krim pelindung matahari dan semua ini akan mempercepatkan jeragat kat kulit.

4. Satu lagi masalah sebab kulit jeragat sekarang sebab kita banyak masa duduk dalam aircond. Kerja kat aircond, duduk dalam kereta ada aircond, balik rumah pasang aircond, tidur pun pasang aircond. Tahu tak aircond mengeringkan kulit. Bila kulit kering terlalu awal, contohb30an kulit dah mula mengeringkan, tanda-tanda penuaan awal boleh berlaku. iaitu kulit kering, kedutan bermula awal, jeragat mula naik bila sel-sel sihat keluar tak sekata

Cukup dulu setakat ni, nanti yang lain pula kita cerita



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care