KECELARUAN TIDUR UNDANG PENYAKIT



Pernahkan anda mengalami masalah susah tidur?


Tahukah anda siapakah yang dikategorikan mengalami masalah kecelaruan tidur?
















Jangan pandang remeh terhadap masalah kecelaruan tidur ini kerana dengan tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan masalah yang lebih besar kepada kesihatan tubuh badan kita. Ramai yang menganggap ianya masalah kecil tetapi kesan jangka panjang jika dibiarkan akan mempengaruhi kesihatan.

Kaji selidik terbaru dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia terhadap 289 pemandu bas mendapati 44.3 %daripada mereka mengalami masalah kecelaruan tidur. Ia juga mengundang impak ketara kepada kemalangan jalanraya iaitu Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.


Kategori kecelaruan tidur adalah meliputi :-

i. Insomnia (sukar tidur),
ii. Parasomnia ( berjalan waktu tidur, bangun dan menangis pada waktu malam)
iii. Narkolepsi ( kecelaruan untuk tidur di dalam persekitaran sepi)



Insomnia ialah mereka yang mengalami tidak cukup tidur atau tidak dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam dan kurang aktif pada waktu siang

Simtom Insomnia
- Sukar tidur
- Sering terjaga pada waktu malam
- Sering terjaga awal daripada waktu tidur sebenar
- Gelisah
- Gangguan terhadap ingatan
- Mimpi menakutkan
- Merasa sedih dan tertekan ketika terjaga

Jenis-jenis Insomnia

  • Insomnia sementara iaitu mengalami sukar tidur sementara
  • Insomnia jangka pendek iaitu 2-4 minggu sukar tidur
  • Insomnia kronik adalah kesulitan tidur yang dialami hampir setiap malam dalam tempoh sebulan atau lebih



Cara atasi Insomnia

  • Jauhi alkohol dan minuman berkafein
  • Jangan paksa diri tidur
  • Sebelum tidur  mandi dengan air panas
  • Tidur apabila mengantuk
  • Banyakkan aktiviti riadah dan mengeluarkan peluh
  • Membaca bahan bacaan atau mendengar muzik
  • Elakkan tidur dengan lampu di pasang
  • Bagi orang Islam cuba berzikir sebayak mungkin sehingga mata terpejam
  • Boleh letakkan haruman aromaterapi  relaxing untuk mempercepatkan rasa mengantuk di bilik tidur seperti jasmin dan lavender.
  • Elakkan haruman aromaterapi yang freshing seperti mint, lemon, orange yang membuatkan otak lebih  segar










LAIN-LAIN ISTILAH KECELARUAN TIDUR


Simptom Narkolepsi iaitu kecenderungan tidur di persekitaran sepi

  • Terlebih tidur
  • Otot tiba-tiba lemah
Cara atasi 
- Elakkan pekerjaan yang memerlukan perjalanan jauh
- Kawal masa tidur
- Lelap seketika







Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care