SABUN KOLAGEN RUMPAI LAUT & VITAMIN ACE

Sabun kolagen rumpai laut dan Vitamin ACE


Berasaskan bahan semulajadi glycerin daripada minyak kelapa sawit..
dan campuran bahan aktif kolagen rumpai laut dan Vitamin ACE











Kebaikan untuk kulit

Kolagen rumpai laut..

- mengembalikan semula kolagen pada kulit yang semakin berkurangan apabila umur meningkat
- Menganjalkan kulit
- mengurangkan jeragat
- mencerahkan kulit
-Mengurangkan parut/kesan jerawat

Kebaikan vitamin ACE
- anti oksidan yang sangat penting untuk mengawal radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul-molekul yang tidak stabil pada kulit dan tubuh kita. Ia terjadi disebabkan beberapa perkara seperti terdedah pada matahari, persekitaran yang tidak sihat, penggunaan kosmetik yang bahaya dan sebagainya. Molekul-molekul ini pada mulanya stabil ( sepasang) tetapi apabila terganggu daripada keadaan di atas ia terpecah dan menjadi tidak stabil. Ia telah rosak dan di sinilah pentingnya Vitamin ACE ini sebagai anti oksidan untuk memperbaiki semula sel-sel yang rosak ini.

Vitamin-vitamin ini biasanya secara semulajadi terdapat di persekitaran kita iaitu di dalam makanan seharian kita.
Vitamin  A biasanya terdapat di dalam minyak ikan dan sayuran berwarna oren ( carot, tomato, minyak kelapa sawit yang belum di tapis).

Vitamin C pula terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan seperti kiwi, strawberry, orange dan tomato

Vitamin E tredapat di dalam minyak-minyak semulajadi seperti minyak kelapa, minyak zaiton, minyak jagung dan minyak habatusauda



Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
Ia melembabkan kulit dan memperbaiki semula sel-sel kulit yang rosak. 
Membekalkan vitamin A, C & E  kepada kulit.
Mencerahkan kulit
Meningkatkan keelastikan kulit / tegang
Melembutkan kulit


Untuk kulit sensitif terutamanya kulit muka yang nipis akibat penggunaan kosmetik yang mempunyai  bahan kimia bahaya seperti hidrokuinon, merkuri dan hidrogen perokside... sangat sesuai kerana sabun ini akan memperbaiki semula sel-sel kulit yang rosak..


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care