Akademi Kecantikan Azalea..


Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mohon ribuan maaf sebab agak lama tidak mencoretkan sebarang artikel di dalam blog ini. Keadaan agak sibuk dengan kursus-kursus untuk menimba ilmu dan juga kursus-kursus yang saya buat bersama Nashierah Herbal Beautycare..

Di sini juga ingin saya maklumkan sekarang saya telah bekerjasama dengan  Akademi Kecantikan Azalea : 
http://akademiazalea.com/about-us/.. mengatur road tour seluruh Malaysia membuka peluang semua pengusaha kosmetik untuk mempelajari cara membuat produk-produk..

Antara produk- produknya

1. Sabun glycerin/transparent
2. Skincare ( cream, toner, moisturiser)
3. Bodycare ( body scrub, shower cream, lotion, body butter)
4. Haircare
5. Spa products

Untuk yang berminat boleh contact saya sendiri, pm, sms, whatsapp atau hubungi Akademi...

Alhamdulillah bermula 29-30hb March di Shah Alam, Terengganu akan di beritahu tarikhnya yg terdekat..

Tujuan saya membuat kursus-kursus atau bengkel-bengkel ini adalah sebagai cara untuk menyebarkan ilmu Allah dan juga memperkenalkan kepada semua tentang produk-produk semulajadi yang kita boleh buat sendiri sebenarnya. Tak perlu membeli produk yang mahal-mahal tapi merosakkan kulit yang memang dah cantik Allah bagi pada kita. 






Seminar di USM

Bersama Prof Yeap ALumni Sains Kimia USM

Seminar di USM

Selain daripada perseorangan/ individu yang datang belajar dengan saya seperti dari Sabah, Sarawak, Johor, KL saya  juga mengadakan beberapa bengkel sekitar Negeri Kedah seperti di sekolah-sekolah. Bagi yang datang secara individu tak dapat saya tunjukkan gambar di sini kerana masing-masing nak jaga brand sendiri dan saya amat menghormati pelanggan-pelanggan saya.

Bengkel  Sabun doorgift sehari di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Keat Hwa, Alor Setar


sabun limau purut
Masker daripada coklat..
sabun Rose
sabun susu kambing
 
masker dari bahan herba




Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care