Tips nak cantik dan sihat waktu pagi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah jumpa lagi..

Pagi-pagi ni saya nak syer Cantik dan Sihat bermula amalan kita waktu pagi....


AND 

HEALTHY HAIR 




Kaedah ini amat sesuai diamalkan untuk lelaki dan wanita terutama yang berumur 35 ke atas..

KENAPA YE?

Sebab bila umur meningkat, kolagen dalam badan semakin berkurang, kulit dah semakin kering, pertumbuhan sel-sel baru dah semakin lambat, mungkin kita tak sedar kerana pada umur sebegini taraf hidup agak stabil, kewangan semakin baik, kita terleka sebentar. Sesetengah orang dah menjadi public figure..famous dah.. Ini yang menyebabkan kesihatan dan kecantikan mula terabai... Nanti bila umur dah 45 atau 50 tahun baru tersedar bila nampak kulit dah mula geleber.. Jangan tunggu masa tu baru nak mula jaga kulit dan rambut kita.

Nak tau tak macammana nak dapatkan kulit dan rambut yang cantik dan sihat?

Kaedah ni untuk rambut tahan 3-4 hari dan untuk muka untuk jangkamasa panjang lambat berkedut...

Nak tau ke ?

Kita guna bahan-bahan di rumah je...

Pernah dengar kegunaan Madu kelulut, Minyak kelapa dara dan Minyak Zaitun.. saya guna yang ni je tapi kena pastikan yang betul-betul tulen... TULEN.. 

Okay dah ready ke nak belajar ni..

Tapi kalau baca , lepas ni kena buat. : )
 Baru best..

Bangun pagi , mula-mula minum air kosong 1 gelas
Mandi dan sabun badan serta syampu rambut ( sebaik-baiknya sebelum subuh)
Selepas mandi, solat subuh... kemudian...

CARA-CARANYA : 

 Ambil 1 titik minyak kelapa dara selawat 3x dan sapu ke muka, buat urutan dari dagu ke atas seperti kita buat urutan facial...Kenapa ? Nanti kita cerita kat bawah...
Kemudian tuang kat tapak tangan 1 tiitik minyak kelapa dara + 1 titik minyak zaitun sapu pada rambut dan buat sedikit urutan sehingga ke kulit kepala sampai semua minyak habis..jangan banyak sangat, 1 titik je serba satu minyak tu..
Selepas 1/2 jam minum madu kelulut ( kat bawah ada cara-cara nak minum madu kelulut ni..bukan dari sudu ye..)

Semua ini mesti dilakukan selepas mandi semasa kulit dan rambut masih lembab. Semua ni jadikan amalan harian, tapi untuk rambut 3 hari sekali..Insyaallah akan maintain cantik dan sihat, kulit nampak gebu dan halus. Rambut akan maintain sihat dan hitam..

Apa yang anda fikirkan ?
SELAMAT MENCUBA...

Sebab dan Musabab

1. Minum air kosong 1 gelas - untuk mengembalikan semula air yang hilang sepanjang malam kita tidur. Seelok-eloknya air putih ni kita minum 1 jam sekali  terutamanya pada keadaan suhu sekarang..sangat panas.

2. 1 titik minyak kelapa dara sapu ke muka selapas mandi.. Ini kerana selepas mandi kulit kita masih segar dan lembab. Minyak ini apabila di sapu akan terus meresap ke dalam kulit dan ini melembabkan kulit dengan lebih lama. Jika kita sapukan minyak kelapa dara pada kulit yang dah kering, sel-sel minyak ini sukar meresap ke dalam kulit. 
Kenapa saya pilih minyak kelapa dara?? 

Ini kerana minyak kelapa dara kaya dengan anti oksidan iaitu mampu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak atau meneutralkan sel-sel tersebut. Secara kimia juga minyak kelapa dara terdiri daripada asid-asid lemak yang mempunyai rantai kimia yang sederhana panjang berbanding minyak tumbuhan lain seperti minyak zaitun yang mana ia mudah terungkai. Minyak kelapa dara mempunyai kandungan kalori yang rendah dan boleh guna untuk minum, awet muda tu kalau rajin amalkan.



Selain tu minyak kelapa dara juga boleh bertindak sebagai UV protection iaitu menghalang kesan cahaya ultra violet yang boleh menyebabkan sunburn. Jadi kalau guna Minyak ni tak perlua la nak guna sun protection lagi.. Yang ni betul !

Saya memang amalkan minyak ni xde pun jadi sunburn..

Kegunaan lain Minyak kelapa Dara
http://wellnessmama.com/5734/101-uses-for-coconut-oil/

3. Minyak Zaitun
Minyak terbaik di sebut di dalam Al-Quran. Kaya dengan pelembab sangat baik untuk kulit dan rambut. 2 titik campuran minyak ini mampu membuatkan rambut anda hitam, berkilat, lembab dan sangat lembut.. Tak perlu perapi (conditioner dah).

Kalau nak baca kelebihan minyak zaitun boleh baca artikel di link ni..

http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-olive-oil-that-you-never-knew/










4. Madu kelulut
Madu ini dikatakan lebih baik dari madu lebah...wallahualam.. setiap ciptaan Allah ada kelebihannya. Tapi saya suka madu kelulut ni sebab rasanya masam-masam manis. Minum sedikit je setiap hari pagi dan malam semasa perut kosong..

Cara minum : Tuang sedikit ( agak-agak 1 sudu kecil ) atas tapak tangan, mengadap kiblat dan Salawat 3x, sedut madu terus dari tapak tangan ke dalam mulut. Jangan telan terus biarkan dalam mulut 2-3 minit baru telan.. Ini amalan sunnah Nabi..



http://raudahmadukelulut.blogspot.com/2013/05/khasiat-madu-kelulut-berbanding-madu.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut

Semua bahan-bahan ini mempunyai kadar kandungan anti oksidan yang tinggi yang mana sangat baik untuk tubuh badan kita, awet muda, mencegah penyakit seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Jom amalkan...

Wasalam



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care