JENIS-JENIS SABUN DAN CARA BUAT .. (BAB 2)

Assalamualaikum wbt..

KIta sambung ye , bab 2 

Cold Process Method 

Kaedah ini juga dikenali sebagai "Homemade  Soap" atau "Handmade Soap". Kat negara lain seperti Indonesia, Thailand, Australia, German, Amerika Syarikat , Italy, dan banyak negara kaedah ini amat terkenal. Kat sana ramai yang buat sendiri sabun untuk kegunaan keluarga sendiri. Kat Australia di kenali sebagai " Backyard Garden activity" . Saya sendiri belajar buat sabun ini daripada seorang chinese yang pernah belajar kat Australia ,  memang menarik sabun  jenis ini. 

Malaysia , Kaedah ini ada juga yang buat tapi masih baru. Belum di komersial lagi. 3 tahun lepas saya ke Bali dan kami melawat industri kosmetik kat sana , juga banyak sabun jenis ini kat sana 

Tapi sabun jenis ini agak cerewet nak buat dan perlu di simpan 4-6 minggu sebelum boleh digunakan.. Nak tau kenapa ????

Nanti saya cerita  ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kaedah ini dibahagikan kepada 2 bahagian


1. Minyak sayuran seperti olive oil, Coconut oil, Almond oil, Jojoba Oil, Sunflower oil. Mengikut kesesuaian buget juga la.

2. Lye + air  
Lye ini sejenis bahan kimia iaitu sama ada Sodium Hydroxide atau Potassium Hydroxide 


Larutan Lye ini bila di campur Minyak akan jadi sabun..Process ini di sebut Safonifikasi iaitu  Cara Buat Sabun secara tradisional . 

Dahulu masa Tingkatan 5,  ada dalam silibus mata pelajaran Sains Sekolah

Larutan ini bila di campur ,di blend sehingga sebati , kemudian di tuang di dalam acuan, di biar keras dalam masa 24 jam. Selepas 24 jam , sabun di keluarkan dari bekas dan di potong mengikut kesesuaian saiz yang kita nak.  Lye ini pH sangat tinggi iaitu pH 10 , jadi kalau kena kulit yang basah boleh melecur. Bila sabun siap pH lye masih tinggi jadi kita kena simpan selama 4-6 minggu supaya pH turun dan dapat sekitar pH kulit kita iaitu pH 6.5 .

Untuk keselamatan nak buat sabun ini perlu pakai google untuk lindungi mata, sarung tangan yang kalis air dan apron atau lab coat. Bahaya jika terkena kulit.





Inilah hasil sabun kaedah ini ' COLD PROCESS' 






Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya untuk cosmetic chemist

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

INFO TENTANG CUKA NIPAH