Jenis-jenis sabun yang cara buat.. (BAB 1)
Di sini saya nak cerita sikit tentang jenis-jenis sabun yang biasa kita dapati di Malaysia.
Pernah dengar ke cara memproses sabun - Ada 3 jenis
"Melt & Pour"
" Cold Process "
" Soap Noodless Process "
MELT & POUR
Yang biasa-biasa kita buat guna soap base daripada glycerin tu, Bahasa Malaysia "Cairkan Dan Tuang". Kaedah ini lebih mudah dan simple.
1. Potong Sabun Base kecil-kecil dan cairkan je, boleh guna 3 cara
i. Double Boil
ii. Microwave
iii. Multi Cooker
2. Dah cair tambah je bahan-bahan yang kita nak tambah seperti strawbery ke, cengkih je, atau apa je, ..tapi ada sukatan tau, jangan suka-suka je tambah, nanti rosak kulit orang.
3. Tambah la pulak pewangi dan pewarna.. Nak tambah ni kena tau juga hanya kosmetik grade je boleh..Pewarna makanan boleh tapi nanti dia akan luntur warna, cerita dari pengalaman saya sendiri masa mula-mula buat sabun dulu.. Bila 2 minggu sabun warna ungu jadi jernih, hilang color. TU yang pesan guna kosmetik grade ye..
Untuk Pewangi pulak boleh pilih yang fragrance atau essential Oil. Fragrance ni ada bau je la , tak ada fungsi apa-apa, Kalau essential oil atau Bahasa Malaysia kita sebut Minyak Pati , ada wangi dan fungsi sekali , " boleh rujuk aromaterapi " . Google la sama ye ..
4. Dah siap tambah boleh tuang dalam acuan je, biar beku boleh wrap atau bungkus , kalauyang dah ada acuan tu terus je lekat stiker
Rupa bentuk Glycerin Soap Base |
Rose Soap |
Pelbagai jenis sabun daripaga glycerine base |
OK nanti kita cerita pulak tentang sabun Cold process dan Soap Noodles Process ye .. Next appoinment pulak ,
Saya nak siapkan order customer , ada permintaan miss V spray , serum untuk parut dan Day cream
Comments