Want To be a cosmetic formulator ?


Assalamualaikum wbt.

Setelah agak lama menyepi , ermmmmm rasa nak menulis balik lah. Blog ni pun dah lama tak update. Banyak habuk nak kena buang dulu.. :)  

Tajuk kita WANT TO BE A COSMETIC FORMULATOR '

Atau Bahasa Malaysia , NAK JADI PAKAR FORMULA KOSMETIK

Kenapa saya pilih tajuk ni, sebab saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini sesuatu perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai lagi orang yang suka mencipta formula produk kosmetik , untuk belajar basic atau asas ' APA YANG PERLU MEREKA TAHU DAHULU SEBELUM BOLEH  MENJADI FORMULATOR..

Ramai yang berminat tapi tak tau channel mana nak tuju. Ada sesetengah tu nak belajar dari A-Z ,  contohnya nak kena ambik degree dalam kimia dulu lah, so saya faham .

So rasa terpanggil nak share ni lah saya nak aktif semula blog ni. Blog ini sebagai cara mudah saya menulis sshaja. Tempat saya share apa yang patut tentang kosmetik.

Produk, formula simple, istilah-istilah di dalam kosmetk, rangkaian produk-produk kosmetik di pasaran dan banyak lagi 

Untuk pertanyaan cepat boleh ja whatsapp saya direct , insyaallah saya boleh bantu 

Ramai yang nak create formula sendiri, tapi susah sebab takde cikgu kan...

Saya juga alami maslah yang sama sebab kita kat Malaysia tak ada Institusi sama ada kerajaan atau swasti yang kendalikan kursus bahagian pembuatan produk kosmetik setakat ini.  Di sinilah saya cuba ingin membantu insyaallah jika dizinkan Allah akan share lebih banyak cara untuk menjadi formulator dan bagaimana nak jadi formulator

Saya cerikan sedikit perjalanan hidup saya bagaimana saya menjadi ;Cosmetic Formulator '

Saya adalah pemilik Ijazah @ Degree in Industrial Chemistry dari USM Pulau Pinang. Masa belajar hanya belajar basic chemistry sahaja seperti Kimia Organic, Kimia INorganic, Basic Industry for Chemistry, dan selain itu ada juga la kerja dalam  Lab  seperti   Chemical Lab testing, bagaimana nak buat extraction, macamana nak identify lemak, minyak, polimer dan banyak lagi . Fokus kerja kami amat luas sebenarnya, contoh kami boleh masuk bidang cat (polimer) , plastic ( polimer), minuman dan makana ( lab testing) , cosmetic ( formula creator) , pertanian dan pembinaan juga. Tetapi semua itu memerlukan masa sebab masa belajar hanya basic yang di ajar bukan specialist bidang-bidang tertentu.

Bila habis belajar saya cuba masuk bidang pembuatan produk atau peralatan untuk hospital , bekerja kilang sebagai Lab asistant di Pulau Pinang untuk 2 tahun juga lah.BIla berhenti dari situ saya bererja juga di Pulau Pinang sebagai Lab Asisstant tapi yang ini untuk food and drinks di Lab Testing Company. Kemudian saya mendapat kerja sebagai cosmetic chemist dengan seorang usahawan Cina  dan di sinilah bermulanya career sebagai cosmetic chemist. Di sini lah saya belajar yang produk harian kita boleh buat sendiri, masa ni tahun 2000. Saya belajar create formula, Tokey saya ni banyak buku-buku ilmiah tentang produk kosmetik, so saya banyak baca di sini. 

Mula dari sini  saya bertukar kerja 2 tempat sebelum saya decide berhenti dan buka sendiri syarikat. Semasa kerja denga usahawan Cina tu saya dah mula fikir one day saya nak juga  buat macam beliau. Impian ini sebenarnya dari tahun 2000 lagi, bukannya baru 5@6 tahun baru-batu ni. Saya kumpul modal, ilmu, pengalaman untuk diri saya dari tahun 2000 , Tahun 2011 baru saya bersedia dan berhenti kerja buka sendiri syarikat Nasyierah Chemst. Bukan masa yang singkat untuk saya bina diri sendiri.  Sebab tu bila ramai yang senang-senang saja sebut nak jadi formulator tapi tak ada pengalaman saya diam saja. Bila nak cakap takut kecil hati tapi itu lah hakikatnya. 

S di sini bagi sesiapa yang berminat nak jadi formulator untuk kometik boleh ikuti blog ini. Insyaallah saya kan cuba share keperluan-keperluan yang perlu ada untuk nk jadi formulator ini.

Lama tak Selfie.. so saya hadiahkan selfie saya bagi yang tak mengenali lagi saya Ini gambar saya dengam  anak dara saya.. Dah 20 tahun dan masih belajar lagi  diploma Multimedia. Insyallah hujung tahun ni habis lah.. Time to handle my company ye..  





Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care