What is Cosmetic , Defination ?

What is COSMTETIC ?

Definisi : Sebarang produk yng kita aplikasikan di luar kulit sahaja. Merujuk kepada takrifan produk kosmetik, produk kosmetik merangkumi produk-produk yang disyorkan untuk digunakan atau disapu pada bahagian luaran tubuh manusia sahaja dan mestilah mempunyai salah satu daripada fungsi utama iaitu sama ada untuk membersih, mewangi, memperbaik/mengubah rupa atau mencantikkan dan/atau menghilangkan bau badan dan/atau melindungi atau mengekalkan dalam keadaan baik. Antara contoh-contoh produk yang dikelaskan sebagai produk kosmetik adalah seperti produk pembersih muka, pelembap muka, pewarna kuku, gincu bibir, pembayang mata, minyak wangi, losyen badan, produk penjagaan gigi, pembersih luaran bahagian intim wanita, sabun mandi dan syampu.

So di sini kena faham , produk yang kita apply di dalam badam bukan kategori kosmetik ye. Contohnya beauty drinks, slimming drinks, kapsul, jamu, pil dan sebagainyabukan kosmetik.

Ada lagi satu produk nak cerita kat sini Kosmetik di bawah kawalan KKM notify iaiti KOD NOT. Ada satu lagi KOD KKM iaitu  MAL adalah untuk ubat.  Kosmetik juga jika nak claim ada istilah-istilah  berlebihan tak boleh guna contoh , menghapuskan jerawat, anti kedut @wrinkle,  anti acne, menghentikan , memutihkan kulit,  menghapuskan lemak, slimming dan banyak lagi perkataan tak boleh guna sama ada di stiker atau pun pamplet.

Inilah sebab ada produk yang di 'reject' bila nak apply KKM

Bidang Kosmetik sangat luas sebenarnya , okay kita bincang sekarang ye bagi semua lebih faham

1. Sabun
2. Skincare ( lebih pada penjagaan kulit muka)
3. Bodycare
4. Haircare
5. Babycare
6. Lip care
7. Eye care
8. oral care

 Memahami tentang kategori ini, lebih mudah anda untuk meletakkan produk anda di dalam ketegori yang mana satu nanti. 

Ada lagi beberapa perkara anda perlu fahami sebelum nak create formula.. nanti kita akan bincangkan lagi 



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care