INI KEPAKARAN SAYA ...

Bismillah..

Assalamualaikum

Selepas mengikuti Seminar IJI ( Intensif JUtawan Industri ) baru-baru ini, Dr ada kata Fast action , fast Result.. Dan perkara yang perlu kita buat adalah mengikut prinsip MESTI..



Bila balik dari Seminar IJI saya sambung baca Buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan... Ya Allah banyaknya perkongsian Ilmu yang saya dapat..

Kalau ada sesiapa nak share pun boleh...

Saya perlu restructure syarikat, bina matlamat  (catat dengan jelas) 1 tahun, 2, tahun atau 10 tahun akan datang dan bina semula mengikut sistem yang betul, set up team work yang bagus dan sentiasa bersyukur.

Di sini saya share bahawa KEPAKARAN saya adalah membantu sesiapa yang ingin menambah ilmu di bidang pembuatan produk kosmetik. Saya ada menyediakan kursus-kursus untuk membuat kosmetik sendiri seperti sabun , skincare, bodycare, haircare dan juga produk SPA..

Sabun daripada Glycerin ( lemak kelapa sawit)
Toner Air mawar


Alhamdulillah setakat ini ramai juga yang berminat dan saya dah membantu mereka. Ada dari Sabah, KL, Penang dan terbaru dari Johor. Mereka ingin membuat produk kosmetik sendiri. Dari jauh mereka datang nak mencari ilmu.

Saya rasa saya perlu berkongsi ilmu Allah ini yang dianugerahkan kepada saya bersama masyarakat kerana apa yang saya lihat kepakaran ini banyak dipelopori oleh  bangsa asing dan bangsa kita sendiri masih kurang sedangkan bumi Allah ini penuh dengan bahan-bahan semulajadi yang tidak dipergunakan seperti rempah ratus, herba, tumbuh-tumbuhan... Cuba lihat  KAO, P&G dan banyak lagi...

Ya Allah jika kita selami apa yang ada di sekitar kita begitu kaya bumi Allah ini dengan pelbagai kegunaan. Terdapat pelbagai vitamin serta mineral yang baik untuk kesihatan dan kecantikkan.. Semua boleh digunakan secara semulajadi. Tak ada yang bahaya. Adalah wajib bagi kita memanfaatkan segalanya bagi di bumi, dalam air dan di udara.

Pernahkan kita fikirkan semua ini..

Contohnya tumbuhan seperti minyak kelapa dara, zaitun , Almond, minyak bunga matahari, minyak castor
Buah-buahan kiwi, pisang, epal, strawberry, avocado
Sayur-sayuran carrot, saleri, bayam, kangkong
Dalam air  kolagen ikan, rumpai laut, garam
Di dalam bumi batu kapur, garam bukit, emas, berlian,
Rempah ratus dan herba cengkih, habatussauda, kayu manis, manjakani, tongkat ali

Rempah ratus


Ya Allah banyaknya ilmu dari alam yang perlu diterokai..

Wallahualam..

Comments

Norlys Ahmad said…
As'salamualaikum Pn,
Boleh sya dptkan maklumat kursus2 yg Pn tawarkan?
Minta emailkan kdp sya norlys.ahmad@gmail.com.

Terima kasih
Nurul Hilmiyah said…
Assalamualaikum..
puan, mohon email ke miaainis@gmail.com
kursus2 yg puan tawarkan berseta tarikh dan yuran.
tq
Nurul Hilmiyah said…
Assalamualaikum..
puan, mohon email ke miaainis@gmail.com
kursus2 yg puan tawarkan berseta tarikh dan yuran.
tq

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care