My Story..

Bismillah.

Assalamualaikum.

Memulakan bicara pada hari ini selepas menghadiri seminar IJI pada akhir bulan lepas, seperti kata-kata sifu Dr.Azizan cuba buat fanpage dan blog.Share cerita dengan semua orang , buat la My story atau maksudnya ceritakan siapa diri kita, apa kepakaran kita dan untuk berjaya kena bantu orang lain juga untuk berjaya...

Rupa-rupanya apa yang dicakapkan oleh Dr Azizan tu saya dah buat dan setiap jalan yang saya lalui dalam memulakan bisnes semua saya dah ada.. So sekarang saya perlukan sistem dan impian yang jelas.. 

FAST ACTION FAST RESULT..

My Story..

Kerjaya saya sekarang adalah satu kerjaya yanga amat menarik bagi saya sebab saya membuat produk untuk orang cantik, kulit yang sihat, kesihatan yang baik. Ilmu yang Allah anugerahkan ini sebenarnya bermula 13 tahun yang lalu. Pada  ketika itu saya baru je habis belajar di USM ( Universiti Sains Malaysia ) Pulau Pinang. Saya ambil kursus Sains Gunaan Kimia Industri..

Saya mulakan kerja sebagai Pembantu makmal di sebuah kilang German yang membuat produk untuk hospital iaitu cecair saline drip dan juga cecair untuk dialisis. Saya bekerja selama 2 tahun. Alhamdulillah saya bekerja dengan pendapatan yanga agak baik  iaitu RM2000++ bagi seorang yang baru dapat ijazah pada tahun 2000.

2 tahun selepas itu saya memohon kerja sebagai Cosmetic Chemist bila saya lihat iklan di dalam akbar The Star dan saya medapat posisi tersebut. Tanpa apa-apa ilmu tentang kosmetik saya memulakan kerja baru. Syarikat ini dimiliki oleh bangsa Cina di Bagan Ajam. Semasa di sini saya mula mempelajari bagaimana krim, lotion, gel. syampu, scrub boleh di buat sendiri. Saya bekerja selama 6 bulan sahaja dan semasa bekerja di sini saya kutip segala ilmu daripada My Boss kerana saya ada memasang impian untuk ada syarikat kosmetik sendiri suatu hari nanti kerana semua produk sebenarnya boleh kita buat sendiri.

6 bulan selepas itu saya balik ke Alor Setar kerana mendapat kerja baru di Alor Setar. Memang rasa sangat gembira kerana dapat balik ke negeri sendiri. Lagipun semasa bekerja di Bagan AJam saya berulang dari Alor Setar ke Penang kerana anak saya di jaga oleh ibu saya dan saya tak sanggup berpisah dengannya. BIla saya dapat peluang ini rasa syukur sangat-sangat..

DI sini saya bekerja dengan syarikat bumiputera selama 2 tahun dan banyak yang saya pelajari dalam bekerja sambil menimba ilmu. Jawatan saya sekarang ialah R&D Executive. Bila bekerja di sini tugas saya adalah lebih kepada mencipta atau memformulakan produk untuk syarikat. Seronok bekerja dengan semua orang Melayu tetapi di sini saya perlu mencari sendiri bahan-bahan dan membuat sendiri. Tiada tempat rujukan hanya pada pembekal untuk saya berbincang.. sedihkan tak ada orang yang memahami. Semua kerja saya kena fikir sendiri..

Dalam tahun 2003, saya terjumpa pula iklan yang menawarkan jawatan Production Executive (Cosmetic) Juga syarikat bumiputera tapi oleh kerana tuan punya syarikat adalah seorang Doktor yang mana produk syarikat ini lebih banyak dan saya rasa jika ingin kembangkan ilmu saya harus bekerja di sini. Saya juga boleh belajar membuat ubat dan makanan kesihatan. Jadi saya memohon jawatan tersebut dan Alhamdulillah saya dapat. Saya memang mudah dapat kerja..hehehe.. Tak tau la sejak dari dulu jika saya pergi mana-mana temuduga insyaallah dapat la..

DI sini jawatan permulaan Production Executive ( Cosmetic) selama 4 tahun. Kemudian dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Pengeluaran ( Kosmetik).. Saya bekerja selama 8 tahun di sini. Semasa bekerja di sini saya dah mula berjinak-jinak dengan pengeluaran produk sendiri yang saya bekalkan kepada kawan-kawan yang ada salun dan kebanyakannya puas hati dengan produk yang saya keluarkan. 

Bermula dari sini saya mula memasang impian untuk ada syarikat sendiri sebelum umur saya 40 tahun. Saya mula mencari kekuatan untuk bekerja sendiri setelah mendapati dengan meniaga sendiri pendapatan lebih baik dari bekerja dengan orang..

Alhamdulillah selama 2 tahun lebih saya bekerja sendiri dengan selepas berhenti kerja.. Pendapatan melebihi 3 kali ganda dan kadang-kadang 4 kali dari gaji saya dapat sebelum ini..

Sekarang selain membuat produk untuk saya sendiri saya juga membuat untuk orang lain dan juga mengajar bagi membantu orang ramai di luar sana untuk membuat produk kosmetik sendiri. Saya menyediakan kursus-kursus untuk membuat kosmetik untuk yang berminat serta membekalkan bahan mentah dan packaging sekali..

Boleh melawat fanpage saya  selain blog ini dan boleh tengok semua produk saya..

Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah..








Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care