Seminar Jutawan Industri di PWTC 27-29hb Sept 2013

Bismillah

Assalamualaikum

Masih letih lagi.. baru balik dari Seminar Intensif Jutawan Industri.. ( Jutawan la sangat..hehehe)..
Tapi IMPIAN tu kena  ada.. penting tu..Impian yang memandu kita ke arah lebih berjaya...

Bak kata Dr. Azizan Osman nak kaya dan berjaya kena ikut M.E.S.T.I

Mentor, ELmu, SIstem, Tindakan dan Impian..







3 hari 2 malam yang full dengan aktiviti dan mesej, tapi Ya Allah banyaknya ilmu yang Dr Azizan Osman share untuk membantu orang melayu yang masih tidak sedar kenapa kita masih di bawah..orang lain , kaum lain berlumba-lumba ingin berjaya sedangkan kita seronok dengan apa yang kita ada sekarang..masih lena dengan sumbangan itu dan sumbangan ini... bangga jika di suap, marah jika di tarik balik..

Saya nak share sikit-skit beberapa kata-kata DAO, antaranya,

1. Orang yang ada tidak banyak tapi boleh memberi, berkongsi & bersedekah itulah sebenarnya orang yang kaya. Sedangkan orang yang ada tapi takut memberi itu sebenarnya miskin kerana takut kehabisan!#DrAzizanOsman

2. Hanya 3% daripada manusia yang komited menulis matlamat mereka dan peluang mereka mencapai matlamat mereka adalah setinggi 98% dibandingkan mereka yang tidak menulis! #DrAzizanOsman

3. Sharing is caring, the more you give the more you get! Kata-kata hikmah dari Dr. Azizan Osman sebagai santapan minda. 

4Orang Yang Jiwanya Penuh Dengan Perasaan Negatif Akan Nampak Keburukan
Dan Menarik Pelbagai Masalah Dalam Hidupnya. Tetapi Orang Yang Fokus Kepada Positif, mereka Nampak Kebaikan Dan Peluang Di Dalam Setiap Perkara

5. Nak banyak lagi boleh baca kat link di bawah :


Orang melayu perlu disedarkan, jangan leka dengan kemewahan yang hanya sementara..Hidup lebih berkat jika kita kaya dan berjaya, kita boleh bantu orang lain untuk berjaya.. 







Best  tak terkata...
4300 peserta dalam dewan PWTC ...

Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah dah ramai yang dah sedar kita perlukan suntikan motivasi yang amat berkesan untuk berubah...
Kalau ada yang masih terawang-rawang mencari arah/ tujuan.. elok la ke Seminar ni.. 
DR. Azizan berkata-kata dari hati yang ikhlas untuk merubah kaum bangsa kita ... 
Dia dah banyak kali jatuh/kecewa dalam membina empayar perniagaan..
Kejayaan yang dimiliki sekarang banyak menyedarkan dia bahawa masih ramai di luar sana yang masih tercari-cari arah tujuan hidup...








Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care