RACUN DALAM KOSMETIK

Setiap wanita memang ingin cantik. Cantik ditampilkan dengan wajah yang putih gebu, tanpa jerawat, jeragat dan bertekstur halus. Kadang-kadang oleh kerana terlalu obses untuk cantik, seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyalahi agama seperti pembedahan plastik, suntikan botox dan lain-lain lagi. Dewasa ini pula pelbagai iklan kecantikan dengan produk untuk CANTIK serta tagline yang macam-macam bagi menarik perhatian pelanggan... Sebagai pelanggan atau pengguna kita ( kaum wanita) perlu berhati-hati , tak semua produk itu baik untuk kita. Sebagai nasihat kita perlu ada sedikit ilmu jika ingin membeli produk kecantikan... natural beauty Tak semestinya jika kawan kita memakai produk tertentu dan kelihatan sesuai untuk dia , kita juga sesuai sama. Sebenarnya setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza.. Adalah penting kita perlu kenali dulu jenis kulit kita. Kita akan pelajari jenisjenis kulit dalam sessi lain ye. Kerana dalam bab ini saya akan merun...