RACUN DALAM KOSMETIK

Setiap wanita memang ingin cantik. Cantik ditampilkan dengan wajah yang putih gebu, tanpa jerawat, jeragat dan bertekstur halus. Kadang-kadang oleh kerana terlalu obses untuk cantik, seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyalahi agama seperti pembedahan plastik, suntikan botox dan lain-lain lagi. Dewasa ini pula pelbagai iklan kecantikan dengan produk untuk CANTIK serta tagline yang macam-macam bagi menarik perhatian pelanggan...

Sebagai pelanggan atau pengguna kita ( kaum wanita) perlu berhati-hati , tak semua produk itu baik untuk kita. Sebagai nasihat kita perlu ada sedikit ilmu jika ingin membeli produk kecantikan...

natural beauty

Tak semestinya jika kawan kita memakai produk tertentu dan kelihatan sesuai untuk dia , kita juga sesuai sama. Sebenarnya setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza.. Adalah penting kita perlu kenali dulu jenis kulit kita. Kita akan pelajari jenisjenis kulit dalam sessi lain ye. Kerana dalam bab ini saya akan merungkai bahan kimia yang bahaya untuk kulit kita yang biasa orang guna dalam produk kosmetik.

Masalah kosmetik dengan bahan kimia

Penuaan awal, kedutan 
Jeragat /p[igmentasi


jerawat batu

blackhead
kanser kulit disebabkan oleh kosmetik



Kenapa bahan kimia bahaya digunakan di dalam produk kosmetik ?

* Harga yang murah berbanding bahan semulajadi
* Mudah di dapati, senang diaplikasi dalam produk, bahan semulajadi agak sensitif, mudah teroksida
* Kesan yang cepat berbanding bahan semulajadi seperti cepat cerah,jerawat dan jeragat cepat hilang.
* Pengeluar inginkan untung yang cepat tanpa mengira kesan kepada pengguna
* Pengguna yang kurang ilmu, nak cepat cantik terpengaruh dengan mudah.

Kenapa bahan ini memberikan kesan lebih cepat ?
Kerana kebanyakan bahan pencerah kimia adalah merupakan bahan peluntur yang boleh menghakis kulit kita. Sebab itulah bila kita guna produk pencerah yang mengandungi bahan-bahan ini , kulit akan menjadi cerah tetapi kulit menipis sehingga nampak garis-garis salur darah, pedih apabila terdedah pada matahari dan mudah sunburn . 

Apakah bahan- bahan itu ?
Ada beberapa bahan yang akan kita kongsi di dalam bab ini dan akan kita rungkaikan satu persatu kesan dan bahayanya kepada kulit kita.. Apa yang kita lihat pada awal penggunaan memang seronok, kulit cantik, cerah, putih dan liang-liang roma tertutup...
Tetapi kita akan kaji kesannya untuk jangkamasa panjang...
Kebanyakan bahan pencerah ini merupakan bahan kimia aktif yang menghakis kulit kita sebenarnya. Sebelum kita menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan ini kita patut kaji terlebih dahulu..

Sekarang banyak produk di pasaran yang memasukkan bahan-bahan ini untuk cepatkan proses pengelupasan kulit dengan menjanjikan pelbagai kebaikan yang sebenarnya hanya sebagai janji untuk mengutip keuntungan semata-mata..

Di bawah adalah senarai bahan-bahan kimia yang biasa digunakan di dalam produk kosmetik

1. Hidrokuinon
    Bahan kimia penghakis, wujud bentuk serbuk pada suhu bilik, warna putih. Biasa gihunakan oleh farmasi di dalam krim pencerah tetapi di bawah kawalan doktor. Tetapi dewasa ini banyak digunakan di dalam produk kosmetik tanpa kawalan.. Bahaya pada kulit kerana menipiskan kulit, boleh meyebabkan keradangan kulit dan kanser kulit. Di bawah ialah link kesan sampingan penggunaan hydroquinone.

Hydoquinone side effect
http://www.skincaretalk.com/t/31825/the-unsafe-products-thread/60
serbuk hidrokuinon 

serbuk hidroquinon pun ada di jual dalam botol

2. Merkuri / Raksa
  Bahan kimia berbentuk cecair pekat , logam berat yang sangat bahaya pada kulit, juga menghakis kulit dan boleh menyebabkan kanser kulit. Ia boleh menembusi permukaan kulit masuk ke dalam salur darah menyebabkan darah bertoksid, Bahaya pada buah pinggang dan boleh memberi kesan pada proses peredaran darah ( kesan darah tinggi)

http://articles.nydailynews.com/2012-03-07/news/31134022_1_mercury-labels-drugs-or-cosmetics

Merkuri merupakan logam berat yang
 bahaya pada kulit 
Merkuri adalah ceair pada suhu bilik




3. Hidrogen Perokside
   (Bahan kimia berbentuk cecair yang biasa digunakan di dalam peluntur lantai dan pakaian, H2O2. Ada juga digunakan sebagai pemutih gigi dan di dalam mask sebagai whitening mask, pemakai akan berasa gatal-gatal kulit jika memakai dalam % yang tinggi, boleh menyebabkan kanser kulit)

http://www.ehow.com/whiten-teeth-with-hydrogen-peroxide/

















4. Tretenoin/ Retin-A
 Merupakan sejenis bahan sintetik iaitu  berbentuk asid vitamin A adan juga dikenali sebagai all-trans retinoic acid  atau  ATRA.Ia biasa digunakan untuk merawat masalah jerawat acne vulgaris and keratosis pilaris.Tetapi penggunaan secara berterusan akan menipiskan kulit dan mendedahkan kepada kesan sampingan apabila terdedah apada matahari.. Ia boleh menyebabkan kulit nipis dan keradangan kulit.. 

http://en.wikipedia.org/wiki/Tretinoin

Serbuk tretinoin sintetik drug ( dadah)


Kebanyakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana dengan penggunaan krim atau gel tersebut dan pendedahan kulit dengan cahaya matahari menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi iritasi/ keradangan

Rujuk link ini untuk melihat jenis-jenis kanser kulit

http://www.webmd.com/melanoma-skin-cancer/ss/slideshow-skin-lesions-and-cancer












Comments

Anonymous said…
mohon share

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care