LEMAK DALAM BADAN? BAGAIMANA IA TERJADI..ADA PETUA TAK ?

LEMAK DALAM BADAN..BAGAIMANA IA TERJADI?..

Semua orang terutamanya wanita memang inginkan badan yang cantik, kurus  dan menarik.. Bila saya buka je facebook banyak sangat produk kurus.Pelbaai produk ada dengan tagline untuk mengempiskan perut, membakar lemak, mengurangkan inci dan sebagainya. Saya jadi teruja untuk berkongsi mengenai masalah ini kerana kadang-kadang orang tidak faham kenapa badan kita GEMUK, BERISI, OBES dan sebagainya..

Saya bukanlah diketegori seorang yang cantik, kurus dan menarik.. Saya pun ada masalah saya sendiri tetapi di sni saya hanya ingin berkongsi sahaja..

Tetapi sebagai cosmetic chemist dan dalam pengalaman saya menangani masalah ini sya berhadapan dengan pelbagai keadaan. Ada yang mengadu makan sikit je.. tapi berat badan tak nak turun asyiki naik je..

Saya juga menghadapi masalah yang sama. Ketauilah semua apabila umur meningkat , kolagen berkurangan. pertumbuhan sel-sel semakin lambat dan metabolisma badan semakin perlahan.. Pembakaran lemak semakin lambat, badan mudah naik sebab lemak mula berkumpul.

Selain itu kita juga perlu kenali apa makanan yang masuk ke dalam badan kita juga... LEMAK. KARBOHIDRAT, PROTEIN, AIR, GULA...serta apa sahaja, barulah kita tau apa yang perlu untuk badan dan apa yang tidak..

struktur kulit yang sihat

Tahukah anda lemak dalam badan kita bukannya berasal daripada lemak yang kita makan sahaja. Lemak juga terjadi daripada tindakbalas makanan lain seperti KARBOHIDRAT DAN GULA..

Mungkin ramai yang tidak tahu kan.. Karbohidrat dan gula bertindakbalas di dalam badan kita bertukar menjadi lemak apabila tidak digunakan..

Nasi contohnya.. mengandungi karbohidrat dan gula. Kita hanya makan ikut keperluan badan sahaja.Tak boleh banyak kerana ia akan bertukar menjadi lemak. Lemak yang tidak digunakan akan berkumpul dalam badan dan ia tidak elok bukan sahaja untuk  badan kita tetapi juga untuk organ-organ dalaman kita..

Pernah tak anda buat analisis kesihatan.. Saya pernah cuba dekat Herbalife..Bagus analisanya sebab dalam analisa tu kita bukan sahaja boleh tahu berat kita, BMI, % lemak , % air  dalam badan kita.. Kita juga boleh tahu umur dalaman dan yang paling penting kita tahu lemak dalaman kita.. Daripada  herbalife saya tahu lemak dalam badan kita ada 2 jenis..


Struktur kulit yang berlemak di dalam badan kita
Boleh baca di sini kategori lemak dengan lebih lanjut iaitu lemak bahaya..

http://4tambahan.blogspot.com/2012/07/tahukah-anda-bahawa-sebanyak-95.html

Lemak dalaman ini penting kita tahu kerana lemak ini terdapat pada organ-organ dalaman seperti hati, jantung, paru-paru, hempedu dan sebagainya. Jika lemak ini meliputi organ-organ ini contohnya jantung yang mengepam darah, hati dan hempedu sebagai penapis ( filter) kita akan menjadi lemah.. Lemak inim juga di sebut kolestrol.. (LEMAK DEGIL).. Susah untuk membuang lemak ini.. Tapi semua ini sebenarnya bergantung kepada cara pemakanan kita..

Ini yang perlu kita faham..

Di sini ada beberapa panduan untuk mengurangkan berat badan. Mari kita amalkan iaitu merupakan cara pemakanan dan aktiviti  yang sihat.



1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.


4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal hijau,tomato, kiwi,  betik, belimbing dsb.


Pemilihan buah-buahan dan sayuran untuk menurunkan kolestrol sangat penting

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
air putih 8 gelas sehari


8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

Selain itu saya juga ingin syer di sini petua orang dulu-dulu untuk kempiskan perut dan ada yang saya cuba memang ada kesan positifnya..

1. Blend buah tomato, carrot dan apple hijau,.. minum setiap malam sebelum tidur untuk kempiskan perut, cantikkan kulit dan elak sembelit

2. Minum cuka nipah 1 sudu besar dalam air minuman apa-apa jus buah.. setiap malam juga untuk pecahkan lemak dan elakkan sembelit.. Esok pagi buang air besar senang je.. Selain itu cuka apple dan cuka kurma pun boleh juga.. Cuka ini adalah natural dan ia mengurangkan lemak kolestrol. Baik untuk kurangkan lemaka dalaman  iaitu sekitar hati, jantung dan hempedu kita.

cuka nipah ( nipah cyder)


3. Amalan setiap pagi.. Bancuh asam jawa dan air panas pada malamnya.. sejukkan semalaman dan minum pada paginya..

4. Untuk sapuan luaran kulit (selulit) . Ambil sedikit gel daun lidah buaya dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan air. Masak pada api yang kecil. Biarkan sejuk dan sapu pada kulit berselulit/lemak

5. Guna limau nipis dan kapur makan. Perah limau nipis dalam sedikit air kapur.. Sapukan pada perut dan paha. Pakai bengkung selama 10 -15 minit

6. Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

            

7. Senaman sit up - sehari 10-20 kali.. 




Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care