TERAPI LILIN COKLAT UNTUK KECANTIKAN KULIT


Biasanya coklat dikaitkan dengan makanan daripada koko yang sangat lazat.Boleh dikatakan hampir semua orang sukakan coklat.

Tahukah anda bahawa terapi coklat sangat baik untuk kecantikan kulit

Coklat boleh di campur dengan lilin wax (contoh beeswax) dan di sapu pada seluruh tubuh. Kebaikan coklat ialah ai sebagai anti oksidan iaiti mengurangkan kesan radikal bebas, mengurangkan kesan kedutan ( wrinkle), pelembab semulajadi yang sangat baik, melembut dan menghaluskan kulit. 

Paling baik ialah untuk umur matang iaitu 35 tahun ke atas kerana pada umur begini kelembapan kulit semakin berkurangan, mudah kering dan mula kelihatan kedutan


TERAPI LILIN COKLAT (COCOA BUTTER)

-          Proses perawatan tubuh dengan bahan asas paraffin bertujuan untuk melembutkan kulit, melembab dan mencerahkan kulit.
-          Sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering










Cara perawatan
-          Rendamkan kaki atau tangan ke dalam besen berisi air panas yang telah dilarutkan air garam selama 5 minit.
-          Sapukan cocoa body scrub yang berbentuk butiran halus daripada kisaran biji coklat (ground cocoa beans), tanah liat putih (white clay) dan tepung beras dan urut perlahan-lahan secara gerakan melingkar untuk membuang sel-sel kulit mati dan kotoran.
-          Kemudian cuci scrub tersebut dengan air suam.
-          Sapukan losyen antiseptik dan krim kolagen.
-          Proses terapi lilin coklat dimulakan mencelup kaki atau tangan ke dalam minyak paraffin yang telah di campur coklat cair. Untuk bahagian yang lain seperti punggung, campuran ini di sapukan sehingga semua bahagian di tutup dengan lapisan tersebut.
-          Tutup dengan plastik selama 10-15 minit untuk proses pengewapan dan menjaga suhu agar tetap.
-          Selepas plastik di buka lapisan coklat tadi membentuk lapisan di permukaan kulit dan agak keras dan mudah ditanggalkan.


Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum, saya nak tahu di mana boleh mendapatkan coklat lilin ni ya??

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care