PEMAKAIAN CREAM/PRODUK PENCERAH, KENAPA BILA BERHENTI KULIT GELAP KEMBALI...


Dewasa ini kalau kita sembang tentang kecantikan pasti semua orang nak cantik... kan. Cantik pula di pandang pada muka yang putih mulus tanpa cacat cela... Adakah orang yang kulit agak gelap atau kelabu sikit tu tak cantik ke ?? Kesiankan..
Semua orang berlumba-lumba nak putihkan muka...

Sabar sikit ye.. kenali dulu kulit kita yang di anugerahkan Allah ini sebenarnya cantik...
cuma terpulang pada kita apa yang kita pakai, amalan kita sehari-hari..

Contohnya umur kita sekarang 35 tahun dan selama 35 tahun kita tidak begitu menitik beratkan sangat tentang penjagaan kulit muka. Kita katakan kita punya kulit muka tak ada masalah. Pencuci muka pun tak pernah guna.. kadang-kadang cuci dengan sabun badan je..  Tiba-tiba kita terperasan kulit muka dah kusam, jeragat dah mula ada... Mula la kalut cari produk nak bagi cantik balik... Ada kawan-kawan yang cadangkan produk itu dan ini... Ada yang boleh cepat bertindak dan ada yang lambat...

Kawan-kawan saya harap anda semua berhati-hati ye.. Sekarang terlalu banyak produk di pasaran yang menyediakan produk pencerahan/ pemutih untuk kulit tanpa menitikberatkan keselamatan pada kita..Banyak kes yang saya dapat mula-mula pakai ok... 2 minggu dah cerah....Tapi harga sangat mahal.. cream saja pun 5 gm RM60-80.. Bagi yang kaya ok la..boleh continue... tapi yang biasa-biasa saja.. terhenti lah penggunaanya..

Bila berhenti guna produk kulit akan kembali ke asal... KENAPA???

Nak Tau Kenapa ?


Sel melanin terdapat pada Melanocytes di bahagian epidermis iaitu kulit paling luar
Sebenarnya di bawah lapisan kulit kita terdapat sel melanin iaitu sel yang memberikan warna kulit kita yang sebenarnya.. Sel melanin ini sebenarnya penting kerana ia melindungi kulit daripada sinaran matahari dan ultraviolet yang boleh menyebabkan kanser kulit..

Kuantiti sel melanin  tak sama bagi setiap orang. Orang yang berkulit cerah sel melanin agak kurang berbanding orang yang berkulit gelap.. Sel melanin ini samalah seperti sel-sel yang lain. Ia akan tumbuh dan mati secara semulajadi dan sentiasa bertukar.

Sebab itulah orang yang berkulit cerah mudah kena sunburn..

Apabila kita pakai cream atau produk yang ada bahan kimia untuk mencerahkan kulit, sel-sel melanin kulit ini akan terhenti tindakbalas semulajadinya yang mana melanin sudah tidak berfungsi lagi kerana bahan kimia ini sudah mengambil alih tindakbalasnya...

Bahan kimia inilah yang akan memberikan warna kulit kita yang putih/cerah itu.Selagi kita pakai produk ini kulit kita akan terus cerah dan cerah kerana bahan kimia menghakis sel-sel kulit luar sedikit demi sedikit dan kadang-kadang berlaku pengelupasan.. Kalau bahan kuat , cepatlah pengelupasan berlaku. Ia bukan sahaja
membuang sel-sel kulit mati tapi juga menipiskan kulit muka kita..

Tetapi bila kita berhenti menggunakan produk ini, sel-sel kulit yang dah berhenti tadi termasuk sel melanin mula mengambilalih semula tindakbalas pertumbuhan sel kulit kita. Oleh kerana dah terhenti, melanin-melanin ini tidak dapat berfungsi dengan baik ia dah terencat akibat ahan kimia tersebut. Sebab itulah pengeluaranya tidak sekata dan bertompok-tompok...

Jeragat/ kulit muka kusam




























Kulit pula sudah nipis, tanpa perlindungan yang sebaiknya.. mula jadi sunburn dan seterusnya jeragat kerana melanin akan keluarkan warnanya untuk perbaiki kulit.. Tapi kadang-kadang pengeluaran nya tak sekata kerana dia dah terencat akibat bahan kimia tadi.. Sebab itulah terjadinya sunburn dan jeragat...

Ramai orang yang tak tau pasal ni.. Semua orang nak putih/cerah... Tak tau kesan sampingannya...

Kalau sayang kulit hati-hati dengan produk pencerahan yang guna bahan kimia ni..
Lebih baik guna kaedah semulajadi atau bahan pencerahan semulajadi..
Petua orang tua-tua pun banyak boleh amalkan...

Sayangi la kulit anda..

Ok... Next artikel saya akan bagitau pula bahan-bahan kimia tersebut dan kesannya pada kulit ...
Insyaallah..

Boleh juga rujuk link ini untuk maklumat tentang kulit

 http://www.americanskin.org/resource/


Comments

Unknown said…
fakta yg berguna.. :) terima kasih

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH UNTUK KETENANGAN HATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Kerjaya untuk cosmetic chemist

Kursus Pembuatan Produk Kosmetik dan Personal care